Kami komited untuk menyedia dan menyelenggara aset kerajaan bagi memenuhi keperluan pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan profesional yang berkualiti berteraskan kepada:

  1. Jangka masa yang ditetapkan;
  2. Kos yang ekonomi; dan
  3. Rekabentuk yang berkualiti dan mapan.

Cawangan ini akan sentiasa memastikan aset kerajaan yang dipertanggungjawabkan kepada kami berfungsi seperti yang ditetapkan. Dalam melaksanakan tugas dan fungsi seperti di atas, kami berjanji tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:

  1. Tindakan awal terhadap aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal - 1 hari;
  2. Kerja pembaikan besar (major overhaul) pembaikan badan kenderaan - 3 bulan;
  3. Kerja pembaikan kecil kenderaan - 3 minggu;
  4. Penggantian pendingin (chiller) - 1 tahun; dan
  5. Penggantian lif - 1 tahun.