SELAMAT DATANG

Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) berada dibawah Sektor Pakar JKR Malaysia. CKM dibahagikan kepada 4 bahagian utama iaitu Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan, Bahagian Pembangunan Rekabentuk, Bahagian Pembangunan Kepakaran dan Woksyop Persekutuan. Kami menyediakan Perundingan Teknikal, Pengurusan Projek dan Pengurusan Penyelenggaraan yang komprehensif. 

CKM berazam dan berusaha memberi perkhidmatan yang terkini dan terbaik selaras dengan objektif mempastikan pembangunan infrastruktur dan kemudahan disiapkan mengikut masa dan kualiti yang ditetapkan serta kos yang kompetitif.

Demi mencapai objektif tersebut, semua warga CKM diberi galakan dan dorongan melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran dan seterusnya meningkatkan kompetensi dan mengamalkan budaya kerja positif.

Lanjutan dari itu, Laman Web ini diwujudkan untuk memudahkan penyebaran, perkongsian dan akses maklumat di kalangan warga CKM serta warga JKR dengan lebih cekap dan berkesan. Antara lain, laman web ini memaparkan maklumat mengenai Organisasi, Berita Terkini, Projek, Program/Aktiviti, Jurutera Mekanikal serta Kelab Sukan CKM dan panduan lain. Kami berharap maklumat yang dipaparkan akan memberi manfaat kepada semua warga CKM dan JKR khususnya serta orang awam secara amnya.

Marilah kita bersama-sama membudayakan CKM sebagai satu "Learning Organisation" yang sentiasa bekerjasama dalam suasana kerja yang mesra dan membangun, menghayati sikap positif dan sehaluan dengan pimpinan dan hala tuju Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Kami sangat mengalu-alukan pandangan anda mengenai kualiti dan tahap kegunaan Laman web CKM. Anda dijemput untuk menjadi tetamu dan melayari Laman web kami.

Ir. Gopal Narian Kutty AMN, JMW
Pengarah Kanan
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Ibu Pejabat JKR