Mesyuarat Kumpulan Pelaksana Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR 2016 telah diadakan pada 21 hingga 24 November 2016 bertempat di Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Pulau Pinang. Tema mesyuarat kali ini ialah "Kerjasama Dan Keikhlasan Membangun Kecemerlangan Organisasi". Objektif mesyuarat ini diadakan ialah untuk membincangkan isu-isu berkenaan Kumpulan Pelaksana serta membincangkan isu-isu teknikal, dan perkembangan terkini bidang kejuruteraan dalam konteks penglibatan JKR Malaysia.
Seramai hampir 50 orang pegawai mekanikal kumpulan pelaksana telah menghadiri menghadiri mesyuarat ini dan tetamu jemputan ialah Ir. Hj. Samsudin Bin Wan Nik, Pengarah Rekabentuk CKM, Ir. Aishah Hazlina Binti Md. Dean, JMPK BPKS dan Pn. Arbaah Binti Abu, JMP BPKS. Seramai 3 orang penceramah jemputan telah hadir untuk menyampaikan ceramah disamping berkongsi ilmu dan pengetahuan bersama ahli mesyuarat. Mereka adalah :
Ust. Muhammad Aiman Bin Subri (Tenaga Pengajar Ma'ahad Adda'wah Al-Islamiah)
Tajuk Ceramah : Keikhlasan Bekerja
Pn. Azizah Binti Sapuan (Pegawai Arkib KKR)
Tajuk Ceramah : Kawalan Rekod - Pengurusan Rekod & Fail
Dr. Ahmad Satar Merican Al Haj (Phd. (UK), PGDBA Management (UK), Cert. Manufacturing (Japan))
Tajuk Ceramah : Kerjasama dan Keikhlasan Membangun Kecemerlangan Organisasi
Sesi Perbincangan Kumpulan
Panel Forum Pengurusan CKM