Pada 7 Februari 2017 (Selasa), Mesyuarat Dwi-Tahunan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Bil.1/2017 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Aras 2, Menara Kerja Raya Ibu Pejabat JKR Malaysia. Mesyuarat tersebut dimulakan dengan perutusan dari Ir. Nasir bin Abdul Hamed, Pengarah Kanan CKM. Mesyuarat diteruskan dengan sesi pembentangan kertas kerja. Tajuk pembentangan pertama ialah Surat Pekeliling Dalaman Kewangan Bilangan 2 Tahun 2016, Pelaksanaan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kementerian Kerja Raya Malaysia oleh Ir. Nor Hazlin binti Mohammad. Pembentangan kedua diteruskan dengan pengenalan kepada laman web CKM oleh Pn. Rosmawati binti Zahari. Pembentangan ketiga diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh En. Mohd Faiz Fikri bin Yussoff Iaitu tentang Lesson Learnt Sistem Pencegahan Kebakaran Bagi Projek Parlimen Malaysia (Fasa 2B). Pembentangan ke empat pula ialah Carta Alir Pematuhan Keperluan Bomba Untuk Serahan Dan Kelulusan bagi Projek Sistem Pencegah Kebakaran Dalam Bangunan yang dibentangkan oleh Pn. Sharifah Dzain binti Syed Yusof. Pembentangan kertas kerja terakhir oleh Dr. Norhayati binti Mat Wajid tentang Sistem Pengurusan Tenaga CKM Aras 24 – 28 Blok G. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari.
Ahli mesyuarat tekun mendengar sesi pembentangan
Para pembentang dan urusetia