Pada 15 Disember 2017, Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran Jawatankuasa Surau JKR Woksyop Persekutuan
telah diadakan buat julung kalinya di pejabat baharu JKR Woksyop Persekutuan. Tujuan diadakan majlis ini adalah
bagi memperingati junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W.
Majlis dimulakan dengan kata alu – aluan oleh Ir. Azman bin Ilyas, Ketua Jurutera Mekanikal diikuti dengan perarakan
berselawat ke atas Rasulullah SAW di dalam kawasan pejabat JKR Woksyop Persekutuan. Majlis diteruskan pula
dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli dari Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Majlis berakhir dengan sesi jamuan makan tengah hari.