Pada 17 Januari 2018, seramai 18 orang Penolong Jurutera Mekanikal baharu telah melaporkan diri di Cawangan Kejuruteran Mekanikal (CKM). Sehubungan dengan itu, satu sesi perjumpaan bersama Pengarah Kanan CKM, Ir. Gopal Narian Kutty dan sesi menandatangani Surat Aku Janji telah diadakan di Bilik Mesyuarat Delima 1 yang turut dihadiri oleh Pengarah Rekabentuk, Ir. Mamat Rohizan Bin Abdullah dan beberapa pegawai dari Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Sokongan. Semoga dengan kehadiran para Penolong Jurutera Mekanikal yang baharu ini akan dapat menyumbang kepada kecemerlangan cawangan yang lebih unggul pada masa hadapan.