Utama
Berita Terkini
Tempat ketiga, Kategori Pengurusan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2014

Tempat ketiga, Kategori Pengurusan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR Malaysia 2014

~~Bertemakan Inovasi Pencetus Transformasi, Hari Inovasi JKR Malaysia 2014 dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) telah berlangsung dengan jayanya di Alor Setar, Kedah Darul Aman pada 17-18 November 2014.  Bertempat di TH Hotel & Convention Centre, Konvensyen KIK buat julung-julung kalinya turut disertai wakil dari Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim (CPUM) iaitu Kumpulan G4A yang diketuai oleh En. Mohd Aswarudin b Awang@Muda (BRT), dan dianggotai oleh En. Adam b Ali, En. Ahmad Firdaus b Md Nor (BRT), En. Mohamad Sofian b Abdul Wahab (MRT) dan En. G. Jaganat A/L Gunalan (RTS), dan Ir. Mohamed Amin b Kasim (BRT) selaku fasilitator bagi kumpulan ini.

Sebanyak dua (2) kategori dipertandingkan, iaitu Kategori Teknikal dan Kategori Pengurusan, dengan sepuluh (10) kumpulan yang bertanding, lima (5) bagi setiap kategori. Membawa tajuk “Minit Mesyuarat Online”, kumpulan G4A telah layak bertanding di peringkat akhir di dalam Kategori Pengurusan .

Berkat usaha dan tawakal, kumpulan G4A telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi Kategori Pengurusan!
 

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan