Utama
Berita Terkini
Bengkel Kerangka Strategik 2014 - 2015 CPUM

Bengkel Kerangka Strategik 2014 - 2015 CPUM

 

   

Unit Kualiti,Latihan dan Dokumentasi Cawangan Pangkalan Udara & Maritim telah menganjurkan satu Bengkel ‘JKR Strategic Frame Work 2012-2015’ pada 29-31 Oktober 2013 di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Rusdi bin Mohamad Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Cawangan Pengurusan Korporat JKR Malaysia. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendekatan kepada kakitangan Cawangan Pangkalan Udara & Maritim terhadap ‘JKR Strategic Frame Work 2012-2015’ dan selaras dengan penetapan Cawangan Pangkalan Udara & Maritim didalam merialisasikan Kerangka Strategik Cawangan Pangkalan Udara & Maritim bagi tahun 2014-2015. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr.Meor Abdul Aziz bin Osman selaku Pengarah Cawangan Pangkalan Udara & Maritim pada sesi pembukaan bengkel  29 Oktober 2013. Beliau amat menitikberatkan tujuan bengkel ini didalam suasana JKR pada hari ini dalam memberi perkhidmatan kepada pelanggan dan juga keperluan perubahan didalam perhubungan antara kakitangan Cawangan Pangkalan Udara & Maritim kepada semua ‘stake holder’ agar ianya selari dengan kerangka strategik yang telah digariskan.

Bengkel ini dihadiri oleh seramai 41 orang pegawai terdiri daripada kumpulan pengurusan & profesional dan kumpulan sokongan serta 5 orang urusetia yang diketuai oleh Encik Abdullah A.Wahid Ketua Penolong Pengarah BPKS. Peserta telah dibahagikan kepada 5 Kumpulan mengikut tema yang telah ditetapkan bedasarkan ‘JKR Strategic Frame Work 2012-2015’ iaitu Tema 1 – Pusat Kecemerlangan Teknikal, Tema 2 – Pengalaman Ko-Kreatif Bersama Pelanggan, Tema 3 – Kecemerlangan Penyampaian Projek, Tema 4 – Memacu Kelestarian dan Tema 5 – Organisasi Inovatif. Setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil penemuan mereka pada penghujung bengkel dan satu penetapan dapat dibuat bagi memuktamadkan kerangka strategik 2014-2015 bagi Cawangan Pangkalan Udara & Maritim. Bengkel telah tamat dengan jayanya pada 31 Oktober 2013.

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan