Utama
Berita Terkini
KURSUS TPATA,mySPATA & SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU (SPB) JKR MALAYSIA PROSEDUR PENYENGGARAAN

KURSUS TPATA,mySPATA & SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU (SPB) JKR MALAYSIA PROSEDUR PENYENGGARAAN

 

5 Februari 2014 – Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Sokongan,Caw.Pangkalan Udara dan Maritim telah menganjurkan satu Kursus Peluasan Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA),Sistem Pengurusan Aset Tak Alih (mySPATA) dan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR Malaysia -Prosedur Penyenggaraan bertempat di Bilik Mawar 1 , Blok B Kementerian Kerja Raya Malaysia. Kursus yang dianjurkan adalah untuk memberi pendekatan pengetahuan pengurusan aset tak alih kerajaan oleh kakitangan JKR khususnya Kumpulan Pengurusan & Profesional di Caw.Pangkalan Udara dan Maritim. Seramai 70 orang kakitangan kumpulan Pengurusan dan Profesional CPUM telah menghadiri kursus ini. Pengenalan dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Abdullah A.Wahid selaku KPP Bahagian Penyelarasan dan Khidmat Sokongan .Beliau telah menyampaikan beberapa perkara khususnya kepentingan terhadap aset tak alih kerajaan dan sistem pengurusan bersepadu (SPB) JKR Malaysia yang telah diperluaskan skop sehingga peringkat penyenggaraan seterusnya merasmikan kursus pada hari tersebut. Seramai 8 orang penceramah daripada Cawangan Kejuruteraan Senggara telah dijemput bagi menjayakan kursus ini. Kursus yang dijalankan telah berakhir pada 6 Februari 2014 pada pukul 4.30 petang dengan ucapan penutup yang sangat bermakna telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit MRT, Tuan Hj. Anuar bin Kassim mewakili Pengarah CPUM.

 

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan