Utama
Berita Terkini
LAWATAN TAPAK PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH DARI PAHANG KE SELANGOR PADA 13 FEBRUARI 2014.

LAWATAN TAPAK PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH DARI PAHANG KE SELANGOR PADA 13 FEBRUARI 2014.

13 Februari 2014 –  Bahagian Penyelarasan dan Khidmat  Sokongan, Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim telah menganjurkan  satu lawatan teknikal  ke Tapak Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor yang terletak di Bentong, Pahang. Lawatan tersebut di ketuai oleh Tn.Hj Anuar bin Kassim KPPK Unit MRT Bahagian Darat dan seramai 20 orang merangkumi setiap bahagian dan unit di Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim. Lawatan teknikal ini adalah bertujuan untuk mendapatkan pengalaman terhadap teknologi tunneling yang dilaksanakan di Malaysia sebagai pengetahuan asas yang dapat dikongsi bersama oleh warga CPUM terutamanya Bahagian Darat. Perserta mula bertolak pada jam 8.00 dari Ibu Pejabat JKR Malaysia dan tiba di Pejabat Tapak Projek Penyaluran Air Mentah di Bentong,Pahang pada jam 11.00 pagi. Ketibaan rombongan peserta dari CPUM telah disambut oleh Pasukan Projek yang diketuai oleh Ir. Arshad Bin Abdul Rashid - Timbalan Pengarah (Terowong). Peserta di beri sedikit taklimat teknikal dan taklimat keselamatan oleh En.Suliman bin Esnawi - Jurutera Awam (KeTTHA)dan En. Zulkarnain – Safety Officer sebelum dibawa ke tapak projek. Pada Jam 10.45 pagi peserta dibawa ke tapak projek melalui Adit 2 dengan mengunakan pacuan empat roda turun ke dalam terowong pada kedalaman 225 meter dari ground level. Peserta kemudian diberikan penerangan oleh Mr. Onuki – Jurutera Perunding berkaitan pembinaan projek tersebut. Terdapat 3 kaedah yang digunakan untuk Tunnel Excavation bagi projek ini iaitu NATM ( New Austrian Tunneling Method), TBM ( Tunnel Boring Machine) dan Cut&Cover.

Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) bertujuan untuk menyalurkan air mentah dengan keupayaan 1,890 Juta Liter sehari dari Karak,Pahang ke Hulu Langat, Selangor melalui paip berkembar dan terowong penyaluran air. Air ini akan dirawat di Loji Rawatan Air Langat II yang dicadangkan untuk dibekalkan ke kawasan Lembah Klang dan Sekitarnya bagi memenuhi permintaan air sehingga tahun 2025. Sebuah empangan (Empangan Kelau) dengan kos projek RM 183.80 juta berkeluasan 331km2 (Catchment Area) dan 2278km2 (Reservoir Area) juga sedang dibina bagi menjamin aliran air yang mencukupi di Sungai Semantan. Projek ini diklasifikasikan sebagai projek berimpak tinggi. Apabila siap kelak terowong penyaluran air yang sedang dibina merupakan terowong air mentah yang terpanjang di Asia Tenggara dan Ketujuh di dunia.

Tempoh perlaksanaan Projek (PPAMPS) ini adalah dari 1 Jun 2009 sehingga 30 Mei 2014 dengan kos projek berjumlah RM 1.32 billion. Panjang terowong yang berkecerunan 1:1900 dan berdiameter 5.2 meter adalah 44.6 Km.

Peserta kemudian dibawa ke Lot 1.1 Inlet Basin di Karak untuk sedikit penerangan teknikal dan akhir sekali ke tapak Muka Sauk Semantan dan Stesen Pam sebelum pulang semula ke pejabat tapak pada jam 2.00 petang.

Lawatan ini telah memberi sedikit sebanyak maklumat dan pendedahan teknologi TBM kepada peserta yang hadir agar dapat digunakan untuk kepentingan kerjaya dan jabatan. Lawatan di akhiri dengan ucapan terima kasih oleh KPPK Unit MRT Tn.Hj Anuar bin Kassim dan peserta pulang ke Ibu Pejabat pada jam 2.45 petang.

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan