Utama
Berita Terkini
LATIHAN KEBAKARAN UNTUK BANGUNAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA BERSAMA PIHAK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

LATIHAN KEBAKARAN UNTUK BANGUNAN IBU PEJABAT JKR MALAYSIA BERSAMA PIHAK JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Pada 24 Febuari 2014 (Isnin), jam 10.30 pagi, satu latihan kebakaran (fire drill) kali ke-2, telah diadakan di seluruh blok Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur. Latihan ini diadakan atas usaha yang jitu dari Cawangan Kejuruteraan Fasiliti (Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan) dengan kerjasama pihak kontraktor bangunan Kerjaya Letrik RY Sdn Bhd dan dibantu oleh 'Floor Marshall' yang terdiri daripada kakitangan di setiap tingkat di semua blok Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur. Latihan ini telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sendiri, wakil PDRM dari IPD Dang Wangi dan JPAM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Objektif latihan ini diadakan ialah untuk mendapatkan pengetahuan serta kemahiran mengenai garispanduan dan tatacara melepaskan diri bila berlaku kebakaran, dapat memahami tujuan sebenar serta mengenal pasti cara-cara menyediakan perancangan, tindakan bersistematik dalam melaksanakan pengungsian bangunan.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk :

a)  Penghuni-penghuni yang terancam dapat bertindak dengan tenang & teratur.
b)  'Means of escape' digunakan mengikut prosedur yang dirancang.
c)  Pengungsian cepat & teratur.
d)  Latihan petugas yang dilantik mengikut prosedur.
e)  Uji keupayaan / kekesanan alatan kebombaan yang ada & kecekapan/kepantasan pihak JBPM dan agensi yang terlibat.

Adalah menjadi kewajipan para penghuni untuk mengetahui langkah-langkah yang perlu di ambil apabila mendengar loceng kecemasan (berterusan) berbunyi iaitu :

a)  Hentikan kerja dengan serta merta.
b)  Matikan semua punca elektrik jika masa mengizinkan.
c)  Kosongkan tempat/bangunan dengan segera.
d)  Jalan dan jangan berlari.
e)  Tahu di mana tempat berkumpul (assembly point).
f)  Jangan kembali bekerja sehingga mendapat arahan dari pihak BOMBA @ 'ERT/Floor Marshall'.
g)  Sekira terdapat pelawat, iringi mereka bersama anda ke tempat berkumpul.

 

Foto 1 : Pasukan JBPM WP tiba di perkarangan blok F.

 

Foto 2 : Demontrasi dari JBPM dalam memadam api di tingkat 7 dan menyelamat mangsa yang terperangkap dalam kebakaran.

 

Foto 3 : En Abdullah dari BPKS, CPUM.

 

Foto 4 : Semua kakitangan CPUM sedang berkumpul di Assembly Point.

 

Foto 5 : Kakitangan CPUM dari bahagian Arkitek dan Maritim sedang berkumpul di Assembly Point.

 

Foto 6 : Kakitangan CPUM sedang menunggu arahan semasa dari pihak JBPM.

 

Foto 7 : YDH PKPjB Khirudin bin Drahman @ Hussaini, Pengarah JBPM WPKL sedang memberi ucapan kepada seluruh warga Ibu Pejabat JKR WP Kuala Lumpur.

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan