Utama
Berita Terkini
Audit Dalaman CPUM April 2014

Audit Dalaman CPUM April 2014

 

Bagi tahun 2014 Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim telah menubuhkan satu Jawatankuasa Audit Dalaman yang diwakili oleh setiap disiplin yang terdapat di CPUM .Ia adalah bertujuan Untuk menilai aktiviti-aktiviti CPUM yang dijalankan berdasarkan dasar dan objektif-objektif yang didokumenkan dalam SPK JKR MS ISO 9001:2008 yang terkandung didalam Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR Malaysia. Perancangan audit dirancang setiap tahun merangkumi prosedur yang terkandung dalam SPK JKR MS ISO 9001:2008.

Satu audit dalaman telah diadakan pada 14 April 2014 di Pejabat Tapak Projek Reka dan Bina Penempatan dan Pengoperasian Pesawat Airbus A400M di Pangkalan Udara TUDM Subang. Audit dalaman ini diketuai oleh Ir Hj Ahameed Tarmizi Ramli selaku Ketua Juruaudit Dalaman diiringi oleh Ketua Penolong Pengarah BPKS CPUM En. Abdullah A.Wahid selaku ketua urusetia audit dalaman CPUM. En.Rahim bin Husain selaku Pengurus Besar Kanan Pembinaan A400M mempengerusikan mesyuarat pembukaan dan penutupan audit. Audit dalaman ini juga dilaksanakan sebagai persediaan kepada Audit Pemantauan (Surveillance Audit) ISO 9001:2008 oleh SIRIM.

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan