Utama
Berita Terkini
MAJLIS PERPISAHAN KPP PPP & KPP BPKS

MAJLIS PERPISAHAN KPP PPP & KPP BPKS

Kelmarin kita bergurau senda, Gelak tawa mengiringi semalam... Dan... hari ini menjadi saksi... Kita terpaksa berpisah. Perpisahan ini mengajar kita Erti Persahabatan...Pada  17 Jun 2014, Majlis Perpisahan Sempena Pertukaran En.Abdullah A.Wahid & Persaraan Tn Hj Lamin bin Yusoff  telah diadakan  di UKDL CPUM Tingkat 3 Ibu Pejabat JKR Malaysia. Majlis dimulakan dengan ucapan perpisahan daripada KPP Elektrik En. Wan Othman Wan Jusoh mewakili seluruh warga CPUM khususnya, seterusnya ucapan disampaikan oleh Pengarah CPUM Dato’Dr.Meor Abdul Aziz bin Osman bagi meraikan majlis pertukaran dan persaraan ini diikuti amanat terakhir daripada pegawai yang bertukar dan bersara. CPUM mengucapkan  tahniah atas pertukaran kepada En.Abdullah A.Wahid  sebagai Jurutera Daerah Raub serta mengucapkan selamat bersara kepada Tn Hj Lamin bin Yusoff yang bersara.

Jamuan ringan dan makan tengahari En.Abdullah A.Wahid & Tn Hj Lamin bin Yusoff bersama-sama kakitangan turut diadakan di Restoran Rebung, Bangsar Kuala Lumpur pada 25 Jun 2014. Walaupun merupakan satu kehilangan, namun kita tetap mendoakan kejayaan buat mereka.  Semoga akan dapat menjalankan tugas dengan baik di Jabatan yang baru manakala yang bersara  semoga sihat , panjang umur dan selamat beristirehat.  

Secebis Kenangan.............

Tuan Hj. Mohd Lamin b Yusof telah dilahirkan di Kuala Terengganu pada 15 Jun 1956 Berkelulusan Dip. Kej. Awam ditauliahkan pada tahun 1978

Dan B.SC Civil Engineering pada tahun 1984 Beliau telah dilantik sebagai Pem. Teknik Sementara pada 26.05.1978 selama setahun Dan telah ditempatkan di Kem. Perumahan Kerajaan Tempatan. Atas semangat yg gigih dan ampuh beliau diluluskan cuti belajar tanpa GAJI dgn diberi Biasiswa Persekutuan mengikuti Bidang Kej. Awam selama 2 tahun  dari 1 Okt 1982 – 30 Sept 1984 di Middlesex Polytechnic United Kingdom. 

Pada 6 April 1985 beliau telah dilantik sebagai Jurutera Awam d JKR Malaysia dan di tempatkan di Kem Perumahan Kerajaan Tempatan. 

Khidmat beliau terus diperlukan dengan pertukaran demi pertukaran. 14 Sept 1987 bertukar ke Bhg Kej Awam Jab. Perumahan Negara & ditempatkan di Projek RPA Tapah Road, Perak (Wilayah Tengah)….

Diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh pada 9 Januari 1989 – 31 Mac 1989 untuk mengikuti Kursus “Site Planning, Housing & New Towns di University Nottingham dibawah Rancangan Colombo/British Council.

Sekali lagi menimba ilmu Tn Hj. Diluluskan menerima Hadiah Latihan Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikutu Kursus Waste Management  Practice di bawah Rancangan Colombo di Jepun dari 25.3.91 hingga 7.7.91

Demi Agama, Bangsa dan Negara beliau sekali lagi ditukarkan ke JKR Pahang sebagai Jurutera Awam Gred J3 pada masa itu 16 Jun 1993 sebagai Jurutera Daerah Kuantan. 1 Februari 2001 angin pertukaran datang lagi beliau ditukarkan ke Daerah Raub sebagai Jurutera Daerah.

Negeri Pahang sangatlah sinonim dgn jasa2 Tn Hj. Pada  16 April 2005 beliau naik pangkat sbgi Pen. Pengarah Kanan Awam Gred J48 di JKR negeri Pahang.

Pengurnian Darjah kebesaran dan Pingat Negeri Pahang telah beliau perolehi iaitu pingat Setia Mahkota Pahang.

20 Nov.2008  pertukaran berlaku lagi Khidmat Tn Hj. Diperlukan di JKR wil. Persekutuan Putrajaya sbgi KPPK Awam memangku Gred J52, namun begitu tarikh ini juga mndapat kenaikan pangkat J48 ke J52. 16 Mac 2009 Bertukar ke Caw Bangunan Am IPJKR KL – Unit Pengurusan Projek

16 April 2012 bertukar ke Cawangan Pangkalan Udara & Maritim sbgi KPP Awam Gred J52 sehingga tarikh berpencen

 

Abdullah A.Wahid

Dilantik ke perkhidmatan Awam sbgi Juruteknik Awam Sangkut pada 1 Okt 1979 di Jab. Parit & Tali air Melaka. 16 Okt 1979 ke Jawatan sama secara sementara dan pada 27 Julai 1981 disahkan sbgi Juruteknik Tkt Biasa. Semangat mengejar cita-cita yang tinggi,  beliau telah mengambil Cuti Belajar Tanpa Gaji selama 2 tahun di UTM pada 22 Julai 1983 hingga 1984.................Bertukar ke Jab Parit & Tali air KL 15 Ogos 1985

Dilantik ke Jawatan Pem Teknik Awam Tetap pada 15 Nov 1986 d tempatkan di Cawangan Rekabentuk & penyelidikan, KL. 16 Nov 1993 Diarah bertukar ke Cawangan Bangunan Ibu Pej. JKR KL. 1 Julai 1998 Bertukar ke Unit projek-projek Perubatan & Kesihatan Caw Bangunan IPJKR

Mulai 5 Nov 2002 Tn Hj. Abdullah telah dilantik sbgi jurutera Awam Gred J41 ditempatkan di Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim. 16 Nov 2007 kenaikan ke Gred J44  - DIARAH BERTUKAR K CAWANGAN YANG SAMA

1 Januari 2009 memangku J48 dan disahkan Gred J48 pada 12 Sept 2009 sehinggalah 2014 sebagai Ketua Penolong Pengarah BPKS CPUM.

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan