Pada 7 Februari 2017 (Selasa), Mesyuarat Dwi-Tahunan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Bil.1/2017 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Berlian, Aras 2, Menara Kerja Raya Ibu Pejabat JKR Malaysia. Mesyuarat tersebut dimulakan dengan perutusan dari Ir. Nasir bin Abdul Hamed, Pengarah Kanan CKM. Mesyuarat diteruskan dengan sesi pembentangan kertas kerja. Tajuk pembentangan pertama ialah Surat Pekeliling Dalaman Kewangan Bilangan 2 Tahun 2016, Pelaksanaan Langkah-Langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kementerian Kerja Raya Malaysia oleh Ir. Nor Hazlin binti Mohammad.
Related Posts