Projek My Rapid Transit (MRT) atau Projek Transit Aliran Massa diumumkan oleh Kerajaan pada Disember 2010.Projek ini mempunyai 3 jajaran utama yang menghubungkan Bandar-bandar utama Lembah Kelang. Kerajaan memutuskan untuk memulakan pembinaan jajaran yang pertama iaitu jajaran Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51km. Pelancaran secara rasmi projek ini dibuat pada 8 Julai 2011 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ianya dijangka siap sepenuhnya pada 2017.
Nama Projek | : | Transit Aliran Massa (MRT) Lembah Kelang | |
Agensi Kawalselia | : | Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat | |
Pelanggan | : | MRT Corporation Sdn Bhd | |
Kontraktor Bersama | : | MMC-Gamuda Sdn Bhd | |
Kos Projek | : | RM 20 billion (anggaran) |
Dua (2) jajaran yang lain akan dilaksanakan setelah Pelan Induk Pengangkutan Awam Darat Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang dimuktamadkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Tujuan utama pembinaan Projek MRT ialah:
- Membangunkan kemudahan infrastruktur sistem pengangkutan awam di Negara ini bagi mengatasi kesesakan lalulintas di Lembah Klang terutamanya Pusat Bandar Kuala Lumpur
- Memberi keselesaan kepada pengguna untuk berhubung dari satu tempat ke satu tempat.
- Menampung pertambahan jumlah pengguna pengangkutan awam Kuala Lumpur dari 6 juta kepada 10 juta menjelang 2020.
Kebaikan projek ini adalah:
- Mengurangkan penggunaan bahan api fosil yang banyak digunakan oleh sector pengangkutan
- Mengurangkan pelepasan bahan pencemar daripada enjin kenderaan seperti karbon monoksida, oksida nitrogen, oksida sulfur serta bahan pencemar yang lain ke ruang udara.
- Berupaya mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya serta menyelamatkan nyawa dan menjimatkan peruntukan kebajikan kesihatan.
- Dapat menampung dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding hanya 480,000 penumpang oleh sistem pengangkutan awam sedia ada seperti Komuter, Monorel dan LRT
- Mengalakkan pertumbuhan ekonomi melalui penjanaan pendapatan baru Negara sehingga RM 12 billion.
Peta Jajaran MRT Laluan Sg Buloh Kajang |