BAHAGIAN UKUR TANAH



Hubungi Kami
Alamat Bhgn Ukur Tanah

Alamat
BAHAGIAN UKUR TANAH IBU PEJABAT
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Ukur Tanah
Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim
Aras 19,No 50
Menara PJD
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur


No. Telefon
03-26181387

No. Faks
03-26181371


Perkhidmatan

Bahagian Ukur Tanah menyediakan perkhidmatan ukur kejuruteraan yang dilaksanakan secara dalaman oleh pasukan-pasukan ukur yang dikawalselia oleh Unit Ukur Tanah Wilayah. Perkhidmatan ukur tersebut meliputi pengukuran butiran topografi bagi tapak dan laluan serta pengukuran hidrografi. Untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut pihak pelanggan perlu mengemukakan Permintaan Ukur bersama dengan maklumat tapak dan skop pengukuran yang diperlukan.

Kerja ukur yang tidak dapat dilaksanakan secara dalaman  akan dilaksanakan secara luaran oleh perunding ukur tanah. Untuk tujuan tersebut, borang permohonan pelantikan perunding perlu dilengkapkan. Pemilihan perunding akan di buat oleh Jawatankuasa Pelantikan Perunding Peringkat Jabatan bagi kos kerja ukur yang melebihi RM100,000.00 manakala bagi kerja ukur yang kosnya kurang daripada RM100,000 akan dibuat oleh Jawatankuasa Pelantikan Perunding Peringkat Cawangan.


Dalam hal ini, Bahagian Ukur Tanah selaku unit pakar ukur tanah akan menyediakan senarai perunding ukur tanah yang layak berdasarkan kriteria dan laporan pangkalan data e-Perunding Kementerian Kewangan Malaysia.

Di samping itu, Bahagian Ukur Tanah turut memberikan  khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai keperluan ukur secara umumnya termasuk ukur hak milik.
 
Kemaskini Terakhir (Thursday , 12 SEP 2013)

Nama Pengguna
Kata Laluan