UNIT KUALITI, DOKUMENTASI & LATIHAN (UKDL)



Hubungi Kami
Alamat UKDL

Alamat
Unit Kualiti, Dokumentasi & Latihan (UKDL)
Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan
Cawangan Pangkalan Udara & Maritim
Tingkat 3, Blok F
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur.

No. Telefon
03-26107982

No. Faks
03-26935273


Audit Dalaman SPK JKR Peringkat Ibu Pejabat Di CPUM 2013

Pasukan Audit Dalaman SPB JKR peringkat Ibu Pejabat bagi Cawangan Pangkalan Udara & Maritim yang diketuai oleh Sr.Dr. Mahmudah Bt Yahya bagi SPK MS ISO 9001:2008, Pasukan Audit OHSAS 18001:2007 yang diketuai oleh Puan Rohaya P. Kamal serta Pasukan Audit EMS ISO 14001:2004 yang diketuai oleh Hasnaliza Aini Abd Talib telah melaksanakan Kerja-kerja auditan di Cawangan Pangkalan Udara & Maritim bermula dari 23 September 2013 hingga 25 September 2013.

 

Sesi auditan bermula pada 23 September 2013 di Bilik Mesyuarat Utama CPUM Tingkat 8 blok F Ibu Pejabat JKR dengan Mesyuarat Pembukaan Audit yang yang dipengerusikan oleh Pengarah Cawangan Pangkalan Udara & Maritim Dato' Dr.Meor Abdul Aziz b Osman. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua-ketua Bahagian CPUM serta pasukan pengiring CPUM yang diketuai oleh En. Abdullah A.Wahid. Manakala Mesyuarat Penutupan Audit berlangsung pada 25 September 2013 juga telah dipengerusikan oleh Dato' Dr.Meor Abdul Aziz b Osman.

 

Tapak Projek A400M Subang telah dipilih untuk lawatan tapak. Lawatan telah diadakan pada 24 September 2013 yang telah diketuai oleh En Roslan B.Ismail dari pasukan audit dan diiringi bersama oleh  En Rahim Husain Pengurus Besar Pembinaan Projek A400M Subang, pasukan pengiring CPUM, pasukan projek JKR A400M Subang serta pihak Kontraktor dan Perunding Projek A400M Subang.

   

Sesi Auditan ini merangkumi Sistem Pengurusan Bersepadu ISO 9001:2008, ISO 14001:2004 dan ISO 18001:2007.

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan