UNIT KUALITI, DOKUMENTASI & LATIHAN (UKDL)



Hubungi Kami
Alamat UKDL

Alamat
Unit Kualiti, Dokumentasi & Latihan (UKDL)
Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan
Cawangan Pangkalan Udara & Maritim
Tingkat 3, Blok F
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur.

No. Telefon
03-26107982

No. Faks
03-26935273


Mengenai Latihan

Latar Belakang

Pelan Pembangunan Cawangan Pangkalan Udara & Maritim (CPUM) menetapkan stretagik mengaplikasi Pengurusan Sumber Manusia berasaskan kompetensi (Competency Based Human Resources Management). Melalui dasar latihan dan pembangunan kompetensi, ditetapkan bahawa setiap pegawai CPUM  perlu dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan. 

Dasar ini akan memberikan impak yang positif kepada cawangan dengan lahirnya pegawai dan kakitangan yang berkompetensi tinggi, berkeyakinan dan mempunyai jati diri yang tinggi. Hasilnya akan diterjemahkan kepada penyampaian hasil kerja yang berkualiti dan memenuhi amanah yang telah diberikan.
 
Objektif
  • Untuk memberikan sokongan kepada CPUM untuk meningkatkan taraf kompetensi melalui latihan kepada semua warga CPUM.
  • Untuk menjalankan prosedur kompetensi dan latihan warga CPUM seperti mana yang dikehendaki dalam JKR.PK. (P).09 SPK.JKR.MS.ISO 9001:2008.
  • Memastikan semua pegawai memperoleh latihan dalam bidang tugas masing-masing untuk mengurangkan jurang tahap kekompetenan dengan varian 5%.
Fungsi
  • Bekerjasama dengan semua ketua unit untuk mengenalpasti keperluan kompetensi semua warga CPUM.
  • Mengatur dan meyediakan kursus, latihan dan lawatan yang sesuai kepada pegawai untuk mencapai kompetensi yang telah dikenalpasti mengikut tanggungjawab diberikan.
  • Menyimpan dan menyelenggara rekod-rekod kelayakan, latihan kemahiran dan pengalaman pegawai CPUM.
  • Menguruskan dokumentasi CPUM, edaran arahan dan pekeliling.
 
Aktiviti Latihan
 
Program : Taklimat berkenaan Route to Professional Engineer (PE)
Tarikh : 06 Jun 2013 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Bahagian Darat, Tingkat 19, Menara PJD, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur
Ringkasan : Satu taklimat berkenaan Route to Professional Engineer (PE) telah diadakan pada 06 Jun 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Bahagian Darat, Menara PJD. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil dari Lembaga Jurutera Malaysia. Taklimat berlangsung selama tiga (3) jam bermula dari jam 9.30 pagi itu berakhir pada jam 12.00 tengahari. Seramai 25 orang pegawai terdiri dari gred J41 sehingga J54 menghadiri taklimat untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam berkenaan penarafan profesional.

 

 
Program : Taklimat berkenaan "Wave Driven" Marine Growth Preventer 
Tarikh : 30 Oktober 2014 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat Bahagian Maritim, Tingkat 7,Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur
Ringkasan : Satu taklimat berkenaan "Wave Driven" Marine Growth Preventer  telah diadakan pada 30 Oktober 2014 bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Maritim, Blok F. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh wakil dari IEV Group Sdn Bhd. Taklimat berlangsung selama tiga (2) jam bermula dari jam 10.00 pagi itu berakhir pada jam 12.00 tengahari. Seramai 25 orang pegawai terdiri dari gred J17 sehingga J48 menghadiri taklimat untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam teknologi yang diperkenalkan.

 

 

Kemaskini Terakhir (Thursday , 06 NOV 2014)

Nama Pengguna
Kata Laluan