UNIT KUALITI, DOKUMENTASI & LATIHAN (UKDL)



Hubungi Kami
Alamat UKDL

Alamat
Unit Kualiti, Dokumentasi & Latihan (UKDL)
Bahagian Penyelarasan & Khidmat Sokongan
Cawangan Pangkalan Udara & Maritim
Tingkat 3, Blok F
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50582 Kuala Lumpur.

No. Telefon
03-26107982

No. Faks
03-26935273


WACANA ILMU @ JKR

WACANA ILMU @ JKR

Tempat :  Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid

Masa    :  3 & 4  September 2014

Tema    :  Pengguna Bestari , Bijak Membeli

 

Objektif :  1.    Memberi pendedahan terhadap hak-hak Pengguna

2.   Memupuk keperihatinan terhadap isu-isu kepenggunaan semasa untuk menjadi pengguna bijak .   

 

Ucapan  KPKR  semasa  Pembukaan :

  • Salah satu agenda dalam dalam pengajian , penambahan dan penghayatan ilmu
  • Bijak membeli dan menjadi pengguna bestari
  • Meningkatkan kesedaran terhadap hak-hak pengguna daripada di manipulasi dan menjadi mangsa penipuan pihak-pihak tertentu.
  • Jangan mudah tertipu dengan iklan-iklan yang menarik dalam media-massa
  • Membeli barangan halal ( bagi yang beragama Islam ) ada logo halal Jakim yang disahkan oleh Jakim
  • Forum diadakan bagi mendapat maklumat yang tepat , mudah difahami , menjamin kesejahteraan dan lestari pengguna
  • Mendapat harga jualan yang munasabah
  • Sentiasa berfikir semasa membeli barangan  seperti kata pepatah ,   “ Beringat sebelum kena , Berjimat sebelum habis”.
  • Buat pilihan yang bijak dan rasional dalam membeli barangan .

 

FORUM  1  -      “ ELAK JADI MANGSA”

 

KONSEP KUASA PENGGUNA – Ditekankan sebagai usaha mewujud dan melahirkan pengguna yang berkebolehan untuk melaksanakan perlindungan kendiri

 

KUASA PENGGUNA  –  Pengguna berkuasa dalam pasaran

1 PENGGUNA  –  Seluruh pengguna bersatu menuntut hak

1 SUARA  –  Sebulat suara dalam tindakan

 

ANDA BERKUASA UNTUK :-  Menyuarakan pendapat , membuat aduan jika perlu dan Bersatupadu melapor penyelewengan .

 

8  HAK PENGGUNA

  1. Mendapat keperluan Asas
  2. Membuat pilihan
  3. Mendapat maklumat
  4. Mendapat Ganti Rugi
  5. Mendapat Barang / Perkhidmatan yang selamat
  6. Menyuarakan pendapat
  7. Mendapat pendidikan pengguna
  8. Mendapat Alam sekitar yang bersih

 

SIAPA PENGGUNA BIJAK ?

  • Membeli barangan berkualiti
  • Membuat Perbandingan harga
  • Memilih perkhidmatan terbaik
  • Membuat pilihan yang tepat

PANDUAN MENUNTUT GANTI RUGI

  • Beritahu penjual dengan segera
  • Bawa resit & bukti pembelian
  • Bertenang / kawal perasaan
  • Tak selesai – buat aduan bertulis
  • Hubungi penguatkuasa KPDNKK  Negeri
  • Buat pemfailan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna M’sia
  • Kelab pengguna / persatuan pengguna ( NCCC )

 

ADUAN PENGGUNA

  • Laman web KPDNKK  http://e-aduan.kpdnkk.gov.my
  • Melalui SMS  adu > aduan dan hantar ke 32255
  • Talian pengguna ( bebas tol ) :  1-800-886-800
  • Bahagian Kepenggunaan KPDNKK  : 03-88825500
  • Tribunal Tuntutan Pengguna M’sia (TTPM ) : 03-88825822     atau Laman Web http://ttpm.kpdnkk.gov.my
  • Talian bebas tol TTPM : 1-800-889-811
  •  

FORUM  2  -      “ APA ITU GST ”

 

GST ( GOODS AND SERVICES TAX ) – Adalah cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah .

 

  • GST  dikenakan keatas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport

 

  • GST akan menggantikan cukai kepenggunaan yang sedia ada iaitu Cukai Jualan ( 5% / 10% ) dan Cukai Perkhidmatan (SST ) sebanyak  6 % .

 

  • Pada 25 Oktober 2013 Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Razak mengumumkan GST , 6% akan dikenakan bermula pada 1 April 2015 .

 

  • Dibawah SST sistem pencukaian lama , peniaga tidak dapat menuntut sepenuhnya cukai yang dibayar keatas input perniagaan .  Namun , melalui GST peniaga mendapat  manfaat kerana boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah atau barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan . Akhirnya kos perniagaan menjadi lebih rendah .

 

  • SST mempunyai kelemahan yang menyukarkan aspek pentadbiran cukai . GST pula mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan cukai lebih terkawal dan seterusnya meningkatkan pematuhan .

 

  • GST menghapuskan cukai bertindih dibawah SST . Pengguna akan membayar harga lebih berpatutan untuk kebanyakan barang dan perkhidmatan di bawah GST berbanding SST .

 

  • GST merupakan satu sistem percukaian yang lebih telus , efektif , effisien dan mesra perniagaan .  GST lebih telus daripada SST kerana pengguna akan tahu sama ada barang dibeli tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar .

 

  • Barang makanan asas seperti beras , gula , garam , tepung , minyak masak , sayur-sayuran , ikan , daging ternakan , telur dan beberapa makanan asas yang lain tidak dikenakan  GST.

 

  • Kemudahan asas seperti bayaran pengangkutan air , darat , tol , pendidikan / kesihatan , rumah kediaman tidak dikenakan GST.

 

  • Pengusaha industri kampung jika perolehan tahunan kurang daripada RM 500 ribu tak perlu daftar GST

 

 

Di sediakan oleh :   Muhammad  Khazani  b.  Abd Rahman

                                   KPP ( Awam ) , Bahagian Lapangan Terbang , CPUM .

                                   10/9/2014

Kemaskini Terakhir (Monday, 30 APR 2013 04:07)


Nama Pengguna
Kata Laluan