BAHAGIAN PENGURUSAN & PEMANTAUAN PROGRAM (BPPP)



Hubungi Kami
Bahagian Pengurusan dan Pemantauan Program,

Alamat
BAHAGIAN PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN PROGRAM
Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim.
Aras 3, Blok F,
Ibu Pejabat JKR Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50582 Kuala Lumpur.


No. Telefon
03-26107998

No. Faks
03-26107998


VACCINE

Program Latihan Value Creation Acceleration Through Creativity & Innovation Experience  (VACCINE)

 

 

Penerangan
 

Program latihan 'VACCINE' adalah program kerjasama antara JKR dan Universiti Teknologi Malaysia selama dua(2) tahun bermula dari bulan Ogos 2011. Tujuan program ini adalah untuk mempercepatkan pembentukan nilai kepimpinan seseorang peserta program melalui projek yang melibatkan kreativiti dan inovasi. Oleh itu program ini  melibatkan gabungan antara modul-modul kursus dan juga pelaksanaan projek oleh peserta program.

Peserta program dikehendaki mengenalpasti isu-isu kritikal (pains) yang dihadapi oleh JKR dan dijadikan projek mereka untuk dicari penyelesaian secara saintifik, kreatif dan inovatif. Jika cadangan penyelesaian tersebut diterima oleh pihak pengurusan, mereka akan meneruskan projek mereka sehingga peringkat pelaksanaan dan menilai kejayaan projek berkenaan.

Didalam melaksanakan projek mereka, mereka perlu membina pasukan kerja yang pelbagai latarbelakang, perlu berkomunikasi dengan stakeholder melangkaui sempadan JKR untuk menggali punca masaalah, perlu membuat persembahan yang berkesan untuk menyakinkan pihak pengurusan, tahu membahagikan masa antara tuntutan kerja harian dan tuntutan projek, dan menghadapi pelbagai karenah dan halangan semasa membuat kajian. Pengalaman yang dihadapi peserta program akan memperkasa skil kepemimpinan dan pengurusan mereka dan merupakan bakal pemimpin JKR dimasa depan.

Bagaimana produk PROKOM dapat membantu anda?

Peserta program 'VACCINE' sedang melaksanakan projek yang melibatkan penyelesaian kepada isu-isu kritikal (pains) yang dihadapi oleh JKR menggunakan pendekatan penyelidikan dan fakta saintifik. Jika cadangan penyelesaian mereka dipersetujui oleh pihak pengurusan untuk dilaksanakan, mereka akan meneruskan projek sehingga peringkat pelaksanaan. Jika penyelesaian mereka memberi kesan, semua pihak dalam JKR terlepas dari beban kesukaran berkenaan.

Peserta'VACCINE' adalah Ketua Pasukan Projek. Mereka dikehendaki membimbing ahli pasukan mereka supaya sama-sama membangun dari segi pengetahuan dan juga kemahiran dalam bidang-bidang berkenaan.

Peserta 'VACCINE' adalah para penyelidik yang pakar dalam isu-isu kritikal jabatan. Oleh itu pihak pengurusan baik di peringkat Cawangan atau Ibupejabat  boleh menggunakan kepakaran mereka bila menghadapi sesuatu isu kritikal.

 

 

Kemaskini Terakhir (Thursday , 12 SEP 2013)

Nama Pengguna
Kata Laluan