Inggeris
7 Ogos 2015 - Perjumpaan Ketua Pengarah Kerja Raya Bersama Warga JKR telah diadakan pada 7 Ogos 2015 (Jumaat) bertempat di Perkarangan Tempat Letak Kereta Bangunan Baru Blok G untuk menyampaikan amanat daripada KPKR disamping menyampaikan sijil penghargaan kepada warga JKR yang terlibat. Sebelum itu, Majlis Bacaan Yassin telah diadakan di Surau Blok G, Aras 3 yang telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) dan juga kakitangan JKR.
 
Majlis dimulakan dengan upacara Menaikkan Bendera dan juga Nyanyian Lagu Negaraku dan seterusnya Amanat daripada KPKR.Di dalam ucapannya, beliau telah memberi penekanan supaya warga JKR bekerja dengan lebih tekun dan gigih dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab, bertugas lebih masa demi berjasa kepada rakyat. Beliau juga, menekankan aspek keselamatan dan kebersihan di bangunan baru dengan mengambil contoh kejadian kebakaran di Bangunan Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman.
 
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada warga JKR yang telah menaikkan nama jabatan di peringkat negara dan antarabangsa.
 
 
 
 
 
 
 

Related Posts