Pengarah : Ir. MARIA BINTI MARCUS
Setiausaha Pejabat : FARIDAH BINTI ZULKIFLI


Alamat Pejabat :

Pejabat Pengarah
Cawangan Kerja Keselamatan
Ibu Pejabat JKR Malaysia, Tingkat 16 – 20
Maju Tower, 1001 Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur


No. Tel.  : 03-2616 9501
No. Fax  : 03-2694 1241

Objektif

  • Melaksanakan projek pembangunan dan infrastruktur.
  • Memberi khidmat perundingan teknikal bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Perdana Menteri (JPM).
  • Membantu pelanggan menyediakan kertas rancangan dan belanjawan projek-projek pembangunan.

Fungsi

  • Merancang strategi program pelaksaan projek bersama pelanggan.
  • Menetapkan dasar dan kaedah pelaksanaan projek samada pelaksanaan oleh Jabatan melalui khidmat perunding atau Reka & Bina dan sebagainya.
  • Mengurus penyediaan keperluan terperinci projek dengan pihak pelanggan.
  • Menyelaras dengan Sektor Pakar bagi merancang pelaksanaan pembangunan rekabentuk dan perolehan.
  • Memantau perkembangan rekabentuk projek di Sektor Pakar.
  • Mengurus penyediaan penyata kehendak (Need Statement) dan dokumen perolehan bagi pelaksanaan projek Reka & Bina.
  • Menyelaras dengan Pegawai Penguasa atau wakilnya di Ibu Pejabat JKR Negeri dan Daerah semasa projek dilaksanakan untuk memastikan bahawa projek dilaksanakan dengan lancar.
  • Memantau kerja-kerja binaan dan memberi khidmat sokongan teknikal kepada penyelia projek di tapak.
  • Memantau dan menyediakan laporan projek kepada pihak pelanggan serta memberi pandangan/ nasihat berkaitan isu-isu tertentu supaya dapat membantu melaksanakan projek dengan segera.
  • Menyediakan perkhidmatan teknikal dan pengurusan projek kepada agensi-agensi kerajaan iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Kesejahteraan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Jabatan Perdana Menteri (JPM).