Pengarah Kanan :DATO' Ir. ROSLAN BIN ISMAIL
Setiausaha Pejabat : SITI NUR FITRAHANA BINTI MOHD NORDIN

Alamat Pejabat :

Pejabat Pengarah Kanan
Cawangan Perancangan Aset Bersepadu
Ibu Pejabat JKR Malaysia, Tingkat 5, Blok F

 Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur

No. Tel. : 03-26107002 / 03-26107003
No. Faks : 03-4041 1940

 

Objektif

  • Meningkatkan daya saing JKR.
  • Memastikan aset infrastruktur berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa.
  • Mengekalkan kefungsian aset infrastruktur bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomi untuk mencapai nilai kos pusingan hayat yang optimum (Optimum Life Cycle Cost).
  • Memastikan perkhidmatan pengurusan projek dan penyenggaraan aset infrastruktur yang cemerlang, kos berkesan dan memenuhi keperluan pelanggan.

Fungsi

  1. Pembangunan Dasar & Dokumentasi
  • Merangka dasar nasional bagi pengurusan dan penyenggaraan aset kerajaan yang bersepadu serta menyeluruh.
  • Membangunkan dokumentasi untuk amalan dan sistem proses kerja piawaian supaya pengurusan aset (merangkumi pengurusan projek dan fasiliti) adalah seragam serta sistematik.

2. Pembangunan Sistem Aplikasi & Pengurusan Pangkalan Data Aset

  • Membangun dan menyenggara aplikasi sistem Pengurusan Aset Tak Alih (mySPATA) sebagai "leverage" dalam mengurus aset kerajaan secara lebih sistematik.
  • Mengurus Pangkalan Data Aset untuk semua aset tak alih kerajaan ke arah pengurusan aset yang tepat dan berkesan berasaskan data dan fakta.

3. Pembangunan Kompetensi & Kapasiti

  • Melaksanakan program peningkatan kompetensi dan profesionalisme dalam bidang pengurusan projek dan fasiliti.
  • Meningkatkan kepakaran, produktiviti, kualiti dan prestasi organisasi.

4. Tadbir Urus Pengurusan Aset Kerajaan

  • Melaksanakan pengawalan dan pengauditan aktiviti penyenggaraan bagi memastikan aset-aset kerajaan sentiasa berfungsi dengan sempurna, selesa dan selamat.
  • Melaksana inisiatif perubahan yang efektif untuk keseluruhan JKR melalui 'Project Managed Change Program'.

5. Perkhidmatan Perundingan Pengurusan Aset Menyeluruh

  • Memberi khidmat nasihat dan perundingan terhadap penggunaan sistem, amalan, piawaian dan teknologi terkini (dalam bidang pengurusan projek dan fasiliti) yang lebih berkesan dan ekonomik kepada semua agensi kerajaan dengan menggalakkan kreativiti dan inovasi melalui amalan terbaik.