Melayu
YBrs.Ir.Hj.Nasir b Abd Hamid dan YBrs.Sr.Ratna bt Hj. Mahyuddin telah dilantik sebagai Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal dan Pengarah Kanan Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan berkuatkuasa 1 Mac 2016. Watikah pelantikan telah disampaikan oleh YBhg.

sably


Melayu

1.      Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan Dasar Inovasi JKR 2012, Bahagian Penyelidikan & Inovasi, Cawangan Latihan & Inovasi kini meneruskan usaha mengenal pasti, membangun dan seterusnya mengkomersialkan projek inovasi JKR Malaysia di dalam dan juga luar Negara melalui Program Jejak Inovasi JKR Malaysia (JIJ).

sably


Melayu
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada JKR Daerah Temerloh, Pahang atas kejayaan menyiapkan dan menyerahkan Rumah Kekal Mangsa Banjir (RKMB).

sably


Melayu
26 Februari 2016 - Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir.Hj. Adanan b Mohamed Hussain telah mengadakan lawatan ke JKR WP Putrajaya, sebagai sebahagian daripada program 'walkabout' Pejabat KPKR ke JKR Negeri di seluruh negara pada tahun ini. 
 
Program lawatan ke JKR Negeri ini bertujuan untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan, di samping untuk menyampaikan amanat kepada warga JKR agar dapat mempersiapkan diri dalam menghadapi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) .

sably


Melayu
25 Feb 2016- Satu sesi temubual YBhg.Dato'Ir.Dr.Roslan b Md Taha, TKPKR (Sektor Infra) bersama Wartawan Utusan Malaysia telah berlangsung di Pejabat TKPKR (Sektor Infra) Tingkat 33, Menara Kerja Raya.Sesi temubual tersebut telah berlangsung hampir 2 jam bertujuan untuk mengupas isu-isu yang berkaitan dengan penyenggaraan jalan dan langkah-langkah proaktif yang telah dan akan dilaksanakan oleh Jabatan ini demi untuk menjamin kesejahteraan rakyat.
 
Semoga artikel yang bakal diterbitkan hasil daripada sesi temubual ini akan dapat memberi pencerahan berkaitan isu

sably


Melayu
Seminar Pembudayaan Inovasi - Transformasi Organisasi Melalui Inovasi telah diadakan pada 23 Februari 2016 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kementerian Kerja Raya. Seminar anjuran Cawangan Latihan dan Inovasi ini bertujuan untuk menggalakkan percambahan idea pegawai dan kakitangan disamping memberi pemahaman mengenai transformasi organisasi melalui inovasi.

sably


Melayu
Majlis Penyampaian Surat Setuju Terima Bagi Projek-Projek Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) Bil 2/2016 telah diadakan pada 23 Februari 2016 (Selasa) bertempat di Plaza Menara Kerja Raya, Blok G, Jabatan Kerja Raya Malaysia.Majlis dihadiri oleh YBhg. Datuk Ir. Adanan bin Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan juga Pengurusan Tertinggi JKR.
 
Majlis diadakan bertujuan untuk menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) oleh YBhg.

sably


Melayu

Pada 21 dan 22 Februari 2016, Ketua Pengarah Kerja Raya telah mengadakan lawatan ke JKR Negeri Kedah, JKR Pulau Pinang dan Pejabat SUK Pulau Pinang, sebagai sebahagian daripada program 'walkabout'  dan "Jalinan Murni" Pejabat KPKR ke JKR Negeri di seluruh negara pada tahun ini. Sebelum lawatan KPKR ke JKR Kedah dan Pulau Pinang, KPKR terlebih dahulu mengadakan lawatan ke JKR Negeri Johor pada 13 dan 14 Feb 2016.

sably


Melayu
Khamis, 18hb Feb 2016, jam 2.30 petang - JKR Malaysia telah menerima kunjungan hormat 8 orang delegasi daripada Timbalan Dekan dan Ketua-ketua Jabatan UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

sably


Melayu

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Ir. Rosland Bin Abd. Ghani,Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 18 Feb 2016.

aidatul


Halaman-halaman