Date: Isnin, April 22, 2024

Adalah dimaklumkan bahawa, YBrs. Ir. Haji Lokman bin Nasir, Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor bersara wajib pada 20 April 2024. Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria akan menjalankan tugas Pengarah, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO) dan Pengarah Projek (PD), di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki YBrs. Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria berkuatkuasa mulai 22 April 2024 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.