Date: Jumaat, Julai 10, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti TUAN Ir. HAJI ABU HARITH BIN SHAMSUDDIN, TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN BEKALAN AIR, KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 17 JULAI 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (Tingkatan Biasa) di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Negeri Perak pada 5 Ogos 1982. Sepanjang 38 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 1986 : Jurutera Awam (Tingkatan Biasa), Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Perak
  2. Tahun 1986 - 1988 : Jurutera Awam (Tingkatan Biasa), JKR Teluk Intan, Perak
  3. Tahun 1988 - 1992 : Jurutera Awam (Tingkatan Biasa), Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Perak
  4. Tahun 1992 - 1997 : Jurutera Daerah, JKR Alor Gajah. Melaka
  5. Tahun 1997 - 1998 : Jurutera Kerja Kanan, Unit Pelaksanaan Projek Turnkey, Ibu Pejabat JKR KL
  6. Tahun 1998 - 1999 : Jurutera Kerja Kanan, Unit Projek-projek Bangunan Am, Cawangan Bangunan, Ibu Pejabat JKR KL
  7. Tahun 1999 - 2004 : Jurutera Kerja Kanan, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR KL 
  8. Tahun 2004 - 2007 : Jurutera Kerja Kanan, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Ibu Pejabat JKR KL
  9. Tahun 2007 - 2007 : Ketua Penolong Pengarah (Awam), Cawangan Alam Sekitar, Ibu Pejabat JKR KL
  10. Tahun 2007 - 2009 : Ketua Penolong Pengarah Kanan (Awam), Cawangan Pakar dan Kejuruteraan Awam, Ibu Pejabat JKR KL 
  11. Tahun 2009 - 2018 : Ketua Penolong Pengarah Kanan (Awam),Cawangan Kejuruteraan Senggara, Ibu Pejabat JKR KL
  12. Tahun 2018 - 2019 : Timbalan Pengarah, Bahagian Bekalan Air, KeTTHA
  13. Tahun 2019 - 2020 : Timbalan Pengarah, Bahagian Bekalan Air, KATS
  14. Tahun 2020            : Timbalan Pengarah. Bahagian Bekalan Air, KASA

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Sijil Perkhidmatan Cemerlang (1988)
  2. Anugerah Pingat Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T.) (Melaka) (1997)
  3. Anugerah Darjah Kebesaran Kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia – Kesatria Angkatan Tentera (KAT) (2006)
  4. Anugerah Perkhidmatan Lama Berkhidmat (2018)

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan;

  1. Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan Lembaga Jurutera Malaysia (P Eng. – 14006)
  2. ASEAN Chartered Professional Engineer
  3. Malaysian Certified Inspector of Sediment and Erosion Control (MY-CISEC) #MY-0021 - Ahli Profesional
  4. Certified Professional in Erosion & Sediment Control (USA-#4147) - Ahli Profesional
  5. Road Engineering Tahap 3 (JKR)
  6. Certified Road Safety Audit  (JKR)
  7. Safety Health Officer (NIOSH)-SHO 5164-M
  8. Certified MyCrest-Qualified Professional/Assessor (JKR/CIDB) - #My A-00026
  9. pHJKR - JK Kerja (Asset Management)
  10. Certified Training Qualified Qlassic Train the Trainer (CIDB)
  11. Shassic Assessor (CIDB)
  12. Registered Electrical Energy Manager
  13. Bertanggungjawab ke atas Pembangunan dan Amalan Garis Panduan Pemeriksaan dan Penilaian Keadaan Bangunan Sedia Ada JKR 21602-00004-13

 

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK)
  2. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kajian Kemungkinan Pembinaan Baraj Sg Bernam Untuk Bekalan Air Bagan Datuk
  3. Pengerusi Ganti Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)
  4. Pengerusi Ganti Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan (JKTK)
  5. Pengerusi Ganti Jawatankuasa Penilaian Perunding (JPP)
  6. Pengerusi Ganti Jawatankuasa Sebut Harga
  7. Pengerusi Ganti Jawatankuasa Pemandu Kajian Kemungkinan Pembinaan Baraj Sg Bernam Untuk Bekalan Air Bagan Datuk
  8. Ketua Sekretariat Pasukan Petugas (Flying Squad) Pemeriksaan Keselamatan Empangan
  9. Penasihat 1 Pasukan Geographic Information System (GIS)
  10. Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kompetensi Disiplin Awam

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi;

  1. Ahli Seumur Hidup Road Engineering Association Malaysia (L0117) – Peringkat Negara
  2. Jurutera Profesional Dengan Perakuan Amalan Lembaga Jurutera Malaysia (P Eng. – 14006) – Peringkat Negara
  3. Ahli Institusi Jurutera Malaysia (36969) – Peringkat Negara
  4. Ahli Malaysia Stormwater Organization (MSO-0007) – Peringkat Negara
  5. Ahli Pertubuhan Pengurusan Aset dan Projek Malaysia (MAPMA) – Peringkat Negara
  6. Ahli Institute Engineers Malaysia (IEM) – Peringkat Negara
  7. Ahli Fasilitator INFRASTAR CIDB – Peringkat Negara
  8. Ahli Profesional Certified Professional in Erosion and Sediment Control (CPESC-USA-4147) – Peringkat Antarabangsa
  9. Ahli Certified Inspector of Sediment and Erosion Control (CISEC) – Peringkat Antarabangsa
  10. Ahli ASEAN Chartered Professional Engineer – Peringkat Antarabangsa
  11. Ahli Certified MyCREST Qualified Professional/Assessor (01/004) – Peringkat Kebangsaan
  12. Ahli Majlis Tindakan Kader (MTK) JKR Malaysia Sesi 2019/2020 – Peringkat Kebangsaan
  13. Ahli Registered Electrical Energy Manager (Suruhanjaya Tenaga) – Peringkat Kebangsaan
  14. Ahli Pegawai Penilai Bertauliah SHASSIC CIDB – Peringkat Kebangsaan
  15. Ahli Certified QLASSIC Train-the-Trainers CIDB – Peringkat Kebangsaan
  16. Ahli Persatuan Komuniti Empangan-empangan Besar Malaysia – Peringkat Kebangsaan
  17. Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Water Association (MWA) – Peringkat Kebangsaan
  18. Pembentang – Kertas Kerja (Construction Management Moving Forward):  Project Quality – QLASSIC – Peringkat Kebangsaan
  19. Pembentang – Kertas Kerja (ICDSME 2019):  Risk Management for the Mengkuang Dam Upgrading and Enlargement Project – Peringkat Kebangsaan
  20. Bekas Pegawai Pemerintah di 41 Woksyop (AW) Batu Kentonmen, Kuala Lumpur:  Pangkat Mejar (18 Mei 1995 - 17 Julai 2015) - Telah menghadiri latihan oleh pasukan 41 Wksp Medan AW dan mengambil bahagian di beberapa eksesais iaitu Eksesais Pahlawan (2002), Eksesais Jengkin Watan (2005) dan Eksesais Perisai Watan (2008).

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan TUAN  Ir. HAJI ABU HARITH BIN SHAMSUDDIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.