Date: Jumaat, April 26, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. DATUK Sr AMRAN BIN HJ MAJID yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 27 April 2024.

Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya sebagai Juruukur Bahan (J41) di JKR Negeri Perak pada 6 April 1990, manakala penempatan terakhir adalah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar). Beliau telah berkhidmat selama 34 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1990-2002:  Juruukur Bahan (J41), JKR Negeri Perak
  2. Tahun 2002-2003: Juruukur Bahan (J41), Cawangan Kontrak Ukur Bahan IPJKR
  3. Tahun 2003-2007: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Kontrak Ukur Bahan IPJKR
  4. Tahun 2007-2008: Ketua Penolong Pengarah,(J52), Cawangan Kontrak Ukur Bahan IPJKR
  5. Tahun 2008-2016: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Cawangan Kontrak Ukur Bahan IPJKR
  6. Tahun 2016-2020: Pengarah SME (JUSA C), Cawangan Kontrak Ukur Bahan IPJKR
  7. Tahun 2020-2021: Pengarah Kanan (JUSA B), Cawangan Kontrak Ukur Bahan IPJKR
  8. Tahun 2021-2024: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) (JUSA A).

Beliau juga telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan sepanjang puluhan tahun perkhidmatan. Antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  • Registered Quantity Surveyor (Reg. QS) BQSM
  • Fellow of The Institution of Surveyors Malaysia (FISM)

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Berpengalaman selama 32 tahun dalam sektor awam menjadi Saksi Pakar mewakili Jabatan / Kementerian Kerja Raya dalam menyelesaikan kes-kes pertikaian di peringkat Jabatan.  
  • Menjadi Pakar Rujuk Kes Adjudikasi dan menjadi Panel Pensijilan Tuntutan mulai tahun 2016 sehingga kini.  Beliau juga terlibat secara langsung dalam kes - kes tatatertib di JKR.

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Presiden, Lembaga Juruukur Bahan  mulai 6 Februari 2023 sehingga 5 Feb 2025
  • Profesor Adjung di Jabatan Ukur Bahan, Universiti Malaya mulai 9 Jan 2023 sehingga 8 Jan 2025
  • Panel Penasihat Industri UNIMAS mulai September 2023 sehingga September 2024.
  • Penulis buku “Isu-Isu Perundangan Berkaitan Kontrak Binaan” terbitan DBP tahun 2017
  • Penulis buku “Isu-Isu Pengenalan Kontrak Dan Binaan Reka Dan Bina” terbitan DBP tahun 2009
  • Penulis buku "Isu-Isu Perundangan Kontrak Binaan" terbitan DBP Tahun 2019
  • Penulis buku “Tuntutan Dalam Kontrak Binaan" terbitan DBP Tahun 2022
  • Pengalaman memberi ceramah kepada Jabatan Kerajaan, agensi luar dan badan-badan professional

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka membawa gelaran Datuk pada tahun 2023
  • Pingat Pekerti Terpilih  P. P. T daripada Perak pada tahun 2003
  • APC KKR Tahun 2023
  • APC KKR Tahun 2014
  • Anugerah Tokoh Kerja Raya Tahun 2011
  • APC KKR Tahun 2001
  • APC KKR Tahun 1994

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk di atas keringat, tenaga serta idea dalam memastikan kelangsungan visi dan misi jabatan. Semoga YBhg DATUK Sr AMRAN BIN HJ MAJID dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan serta dirahmati Allah SWT.

Pautan video persaraan : https://www.youtube.com/watch?v=ffSC2wb_rc8 (link is external)

Pautan Koleksi Gambar Majlis Persaraan : https://drive.google.com/drive/u/3/folders/1A9ia3gtPvltY_NFM5tjMNar2Qj_41VrR (link is external)

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"