+A | batal | -A
   

Lokasi: ArtikelArtikel Alam Sekitar → Sistem Pengurusan Alam Sekitar [Environmental Management System (EMS 14001 : 2004)]

Sistem Pengurusan Alam Sekitar [Environmental Management System (EMS 14001 : 2004)]

Pengurusan Alam Sekitar

Pengurusan alam sekitar di dalam perlaksanaan projek di JKR adalah merupakan salah satu nadi penting di dalam memastikan perlaksanaan projek adalah seiring dengan hasrat mengekalkan tahap persekitaran yang berkualiti. Bukan hanya menjurus kepada penyiapan projek yang memenuhi jangkamasa, kos dan kualiti yang ditetapkan, malah JKR komited dan proaktif di dalam memastikan amalan pengurusan alam sekitar terbaik selaras dengan Green Mission.

JKR Green Mission

JKR di dalam melaksanakan projek sentiasa memastikan prinsip seperti berikut diterapkan;

  • Perlindungan sumber semulajadi
  • Kecekapan penggunaan sumber
  • Etika kepenggunaan yang lestari
  • Pembinaan projek yang lestari
  • Senantiasa seiring dengan perundangan dan peraturan yang berkaitan

Sistem Pengurusan Alam Sekitar [Environmental Management System (EMS 14001 : 2004)]

Sistem Pengurusan Alam Sekitar bagi projek di JKR telah diiktiraf oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd sejak 5 November 2002. Sehingga kini, skop pengiktirafan adalah merangkumi pengurusan projek seperti berikut;

  • Projek persekutuan yang terletak di dalam Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) termasuk di Sabah dan Sarawak
  • Projek yang tertakluk kepada pematuhan keperluan Penilaian Kesan Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment (EIA)) selaras dengan Environmental Quality Act 1974

Kepentingan pengimplimentasian EMS 14001:2004 di JKR adalah untuk mengekalkan, melindungi dan meningkatkan kualiti alam sekitar bermula dari peringkat perancangan sehingga ke fasa penyiapan projek (Project Life Cycle).

Pengimplimentasian EMS 14001:2004 di dalam fasa perlaksanaan sesuatu projek adalah seperti berikut;

Fasa Perancangan

  • Membuat Tapisan Projek yang tertakluk kepada keperluan EIA
  • Menyediakan Terma Rujukan EIA
  • Melantik perunding EIA

Fasa Rekabentuk

  • Penelitian Laporan EIA
  • Memperolehi kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS)
  • Menerapkan keperluan di dalam Laporan EIA yang telah diluluskan ke dalam pelan rekabentuk

Fasa Perolehan

  • Menyediakan Bill of Quantities berkaitan kerja-kerja perlindungan alam sekitar di dalam dokumen tender

Fasa Pembinaan

  • Memastikan pengimplimentasian Pelan Pengurusan Alam Sekitar (Environmental Management Plan) di tapakbina
  • Melaksanakan Pemantauan dan auditan projek

Fasa Penyerahan

  • Melaksanakan audit penyerahan

Dengan pengimplimentasian EMS 14001:2004 ini, ianya dapat merealisasikan hasrat kerajaan di dalam memastikan agensi pelaksana seperti JKR ini dapat menyampaikan produk khususnya penyediaan infrastruktur kepada rakyat ke arah negara yang gemilang tanpa mengabaikan kelestarian alam semulajadi.
 

Tarikh Kemaskini: 20-08-2013 04:23 pm Hits = 801385

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel