+A | batal | -A
   

Lokasi: Artikel Pembangunan Energy Management System (EnMS) MS 50001:2011

Pembangunan Energy Management System (EnMS) MS 50001:2011

Pembangunan EnMS adalah bertujuan mewujudkan satu dokumen Sistem Pengurusan Tenaga yang cekap bagi bangunan-bangunan sediada kerajaan selaras dengan standard ISO 50001:2011. Dokumen tersebut kelak akan digunapakai bagi program-program JKR yang berkaitan bagi memastikan pengurusan tenaga yang menyeluruh dan efisen dapat dilaksanakan bagi bangunan-bangunan kerajaan yang sediada. Usaha membangunkan EnMS di peringkat JKR ini juga merupakan elemen yang berkaitan dengan komitmen Perdana Menteri yang telah mengumumkan bahawa Malaysia akan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida kepada 40% menjelang tahun 2020 berbanding paras pada 2005 dengan bantuan negara-negara maju di Persidangan Perubahan Iklim anjuran Pertubuhan Bangsa Bersatu, COPENHAGEN, 17 Disember 2009.

 

Sistem Pengurusan Tenaga yang efisyen dan optima adalah amat diperlukan bagi bangunan kerajaan pada masa ini. Adalah diharapkan agar dokumen EnMS JKR yang akan dihasilkan kelak akan dapat pengurangan kos operasi & penyenggaraan bangunan-bangunan kerajaan seterusnya dapat menjimatkan wang kerajaan.

Tarikh Kemaskini: 10-01-2013 02:01 pm Hits = 645947

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel