Lokasi: Profil Cast → Maklumat Koporat → Latar Belakang (CAST) |
Cawangan Alam Sekitar Dan Tenaga merupakan salah satu cawangan daripada 19 cawangan yang terdapat di Jabatan Kerja Raya Malaysia. Sejarah penubuhan Cawangan adalah bermula dengan nama Cawangan Alam Sekitar dan ditubuhkan pada bulan Julai 2002 semasa penstrukturan semula JKR dengan jumlah anggota seramai 21 orang yang terdiri daripada 9 orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 12 orang dari Kumpulan Sokongan. Ia memberi fokus kepada :
Pada akhir suku tahun 2005, YAB Perdana Menteri telah mengarahkan agensi kerajaan untuk menjimatkan penggunaan tenaga ke atas semua bangunan kerajaan, sebanyak 10% pada tahun 2006. Penekanan diberi untuk mengurangkan perbelanjaan bil-bil elektrik TNB bagi bangunan-bangunan kerajaan sebanyak RM 1.5 bilion setahun, (PTM, 2006); dan juga mengurangkan kebergantungan ke atas minyak mentah yang semakin naik harga di pasaran dunia.
Melalui falsafah “ Memimpin Melalui Teladan “, Cawangan telah meluaskan skop kerja meliputi kecekapan tenaga sebagai mengambil langkah-langkah proaktif bagi mewujudkan kecekapan tenaga untuk bangunan-bangunan kerajaan disamping meminimumkan pembaziran tenaga. Oleh yang demikian, Cawangan Alam Sekitar telah diubah nama kepada Cawangan Alam sekitar Dan Tenaga semasa penstrukturan semula Jabatan pada Januari 2008.
Pada tahun 2011, Cawangan telah mula mengorak langkah ke arah pembangunan lestari. Satu skim bagi mengukur tahap kelestarian sesebuah pembangunan telah diwujudkan melalui satu Bahagian yang baru ditubuhkan di cawangan iaitu Bahagian Eko-Efisiensi.
Maka sekarang, Cawangan Alam Sekitar Dan Tenaga mempunyai 5 bahagian utama iaitu Bahagian Alam Sekitar & Bahagian Tenaga, Bahagian Eko-Efisyensi, Bahagian Korporat dan Pejabat Potfolio. Tiga bahagian yang pertama dipecahkan pula kepada Unit Rekabentuk dan Unit Khidmat Pakar. Manakala Bahagian Korporat dipecahkan kepada Unit Pentadbiran & Kewangan, Unit Pengurusan Sumber Manusia, Unit Pengurusan Strategik & Prestasi dan Unit Komunikasi & ICT.
STRATEGI
Untuk merealisasikan hasrat menjadikan Jabatan sebagai sebuah agensi pelaksana yang unggul dalam industri pembinaan yang bertaraf antarabangsa serta berdaya saing dalam dunia globalisasi Cawangan Alam Sekitar Dan Tenaga telah menyusun strategi-strategi seperti berikut:
PENGURUSAN PROJEK ALAM SEKITAR
1. Jangka masa secepat mungkin
2. Kos yang ekonomik
3. Reka bentuk yang menarik dan kualiti yang terbaik
PENGURUSAN PROJEK TENAGA
Tertakluk kepada syarat-syarat tiada masalah tapak bina, peruntukan yang mencukupi dan brif projek yang lengkap, tahap kecekapan tenaga akan ditentukan pada tahap seperti berikut:
Bagi Projek Rekabentuk Baru:
PENGURUSAN PROJEK EKO-EFISIENSI
Dalam meningkatkan usaha terhadap pelaksanaan Pembangunan Lestari secara menyeluruh, strategi utama ditumpukan kepada kategori berikut :
a. Perancangan
Memberikan khidmat nasihat dalam bidang Pembangunan Lestari dari peringkat perancangan.
b. Pewujudan Aset
Menentukan para perekabentuk mengambilkira elemen-elemen lestari di dalam rekabentuk
Menggalakkan perolehan hijau dilaksana di JKR
Menentukan semua aktiviti pembinaan dilaksana secara lestari
c. Penggunaan Aset
Memantau samada performance specification dari aspek Indek Tenaga Bangunan tercapai.
i. Menjalankan auditan tenaga keatas bangunan demonstrasi / terpilih.
ii. Mengenalpasti masalah dan mencadangkan kaedah penjimatan tenaga secara tanpa kos, kos sederhana dan kos tinggi.
iii. Memantau keberkesanan cadangan penyelesaian.
iv. Menjalankan program kesedaran untuk pengguna bangunan, jabatan pelanggan dan pihak – pihak lain yang berkaitan (bila perlu)
d. Pelupusan
Tarikh Kemaskini: 26-01-2013 01:03 am Hits = 646337