+A | batal | -A
   

Lokasi: Peristiwa/Aktiviti MESYUARAT PENYIAPAN DOKUMEN ENERGY MANAGEMENT SYSTEM (EnMS) PERINGKAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

MESYUARAT PENYIAPAN DOKUMEN ENERGY MANAGEMENT SYSTEM (EnMS) PERINGKAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

Mesyuarat penyiapan dokumen 'Energy Management System' MS 50001 (EnMS) telah diadakan pada 13 - 15 Feb 2013. Ianya merupakan lanjutan daripada beberapa siri mesyuarat yang telah diadakan sebelum ini.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk :-

i. Membincangkan dan menyelaras semua maklumat dan data yang diperolehi dari ahli jawatan kuasa untuk dijadikan sebagai penanda aras kepada EnMS yang akan dibangunkan

ii. Menyiapkan dokumen EnMS selaras dengan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR.

iii. Membincangkan struktur pembangunan dokumen bangunan yang telah dipilih untuk pensijilan.

Sistem Pengurusan Tenaga yang efisen dan optimum adalah amat diperlukan bagi bangunan kerajaan pada masa ini. Maka mesyuarat ini adalah dilaksanakan pada masa yang sangat sesuai dan tepat sekali bagi menjamin masa depan pembangunan yang lestari. Adalah diharapkan agar dokumen EnMS JKR yang akan dihasilkan nanti akan dapat membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik bagi bangunan-bangunan kerajaan seterusnya dapat menjimatkan wang kerajaan dengan pengurangan kos operasi bangunan.
 

Tarikh Kemaskini: 18-02-2013 01:49 pm Hits = 1436599

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel