Lokasi: Profil Cast → Organisasi → Perutusan Pengarah Cast |
Selamat datang kepada semua pengunjung laman web Cawangan Alam Sekitar & Tenaga (CAST). Terlebih dahulu saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan laman web ini. Saya amat berbesar hati dan sukacita mengalu-alukan anda semua ke laman web kami. Laman web ini merupakan salah satu usaha kami untuk menghubungkan CAST dengan dunia luar dan sebaliknya.
Adalah besar harapan saya agar segala misi dan visi kami tercapai melalui kerjasama erat kakitangan CAST di mana “yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Diharapkan laman web ini akan dapat memberikan maklumat bermanfaat yang diperlukan oleh pelanggan. Akhir kata, diucapkan terima kasih kerana sudi mengunjungi dan memanfaatkan laman web ini. Sebarang cadangan atau komen yang dapat memperbaiki laman web ini adalah sangat dialu-alukan.
Tarikh Kemaskini: 11-10-2012 12:00 am Hits = 655611