+A | batal | -A
   

Lokasi: ArtikelArtikel Alam Sekitar → EIA Prescribe Activities (Aktiviti Yang Ditetapkan)

EIA Prescribe Activities (Aktiviti Yang Ditetapkan)

Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)

(Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 1987

 

1. PERTANIAN:

a.

Skim-skim kemajuan tanah yang meliputi kawasan seluas 500 hektar atau lebih untuk menjadikan tanah hutan tanah pengeluaran pertanian.

b.

Program-program pertanian yang memerlukan penempatan semula 100 keluarga atau lebih.

c.

Pembangunan estet pertanian yang meliputi kawasan seluas 500 hektar atau lebih yang melibatkan perubahan jenis-jenis kegunaan pertanian.

 

2. LAPANGAN TERBANG:

a.

Pembinaan lapangan-lapangan terbang(yang mempunyai landasan kapal terbang sepanjang 2,500 meter atau lebih).

b.

Pembinaan landasan kapal terbang di dalam taman-taman negeri dan Negara.

                                                                                                                    

3. SALIRAN DAN PENGAIRAN:

a.

Pembinaan ampangan-ampangan dan tasik-tasik buatan manusia dan pembesaran bukan semulajadi tasik-tasik dengan kawasan permukaan seluas 200 hektar atau lebih.

b.

Saliran kawasan paya, kawasan hidupan liar atau hutan dara yang meliputi kawasan seluas 10 hektar atau lebih.

c.

Skim-skim pengairan yand meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

      

4. TEBUSGUNA TANAH:

a.

Penebusgunaan kawasan pantai yang melibatkan kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

 

5. PERIKANAN:

a.

Pembinaan labuhan-labuhan pendaratan ikan.

b.

Peluasan labuhan yang melibatkan pertambahan sebanyak 50 peratus atau lebih dalam keupayaan pendaratan ikan setahun.

c.

Projek-projek akuakultur berasaskan penggunaan tanah berserta dengan pembersihan hutan paya laut meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

 

6. PERHUTANAN:

a.

Pengubahan penggunaan tanah hutan bukit kepada kegunaan tanah lain meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

b.

Pembalakan atau pengubahan penggunaan tanah hutan kepada kegunaan tanah lain di dalam kawasan tadahan di kolam-kolam takungan air yang digunakan bagi bekalan air perbandaran, pengairan atau penjanaan kuasa hydro atau dalam kawasan-kawasan yang bersempadan dengan taman-taman negeri dan Negara dan taman-taman laut Negara.

c.

Pembalakan meliputi kawasan seluas 500 hektar atau lebih.

d.

Pengubahan penggunaan kawasan hutan paya laut bagi kegunaan perindustrian, perumahan atau pertanian meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

e.

Pembersihan kawasan hutan paya laut di pulau-pulau bersebelahan dengan taman-taman laut Negara.

 

7. PERUMAHAN:

a.

Pemajuan perumahan meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

 

8. INDUSTRI:

a.

Kimia - Jika keupayaan pengeluaran bagi setiap hasil keluaran atau gabungan hasil keluaran melebihi 100 tan metric/hari.

b.

Petrokimia - Semua saiz.

c.

Bukan besi - Peleburan utama:

Aluminium - semua saiz.

Kuprum      - semua saiz.

Lain-lain     - mengeluarkan 50 tan metric/hari atau lebih hasil keluaran.

d.

Bukan logam - Simen - bagi truput batu hangus sebanyak 30 tan metric/jam atau lebih.

Kapur - 100 tan metric/hari kapur atau lebih dengan menggunakan relau putar atau 50 tan metric/hari atau lebih dengan menggunakan relau tegak.

e.

Besi dan besiwaja

- Memerlukan bijih besi sebagai bahan mentah bagi perngeluaran melebihi 100 tan metric/hari; atau

- Menggunakan besi sekerap sebagai bahan mentah bagi pengeluaran melebihi 200 tan metric/hari.

f.

Tempat membina kapal - Tanah Berat Muatan melebihi 5,000 tan metrik.

g

Industri kertas dan pulpa - Keupayaan pengeluaran melebihi 50 tan metrik/hari.

 

9. INFRASTRUKTUR:

a.

Pembinaan hospital dengan alir keluar ke dalam kawasan permukaan pantai yang digunakan bagi tujuan rekreasi.

b.

Pembangunan estet perindustrian bagi industri-industri sederhana dan berat meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

c.

Pembinaan lebuhraya bandar.

d.

Pembinaan lebuhraya nasional.

e.

Pembinaan bandar-bandar baru.

 

10. PELABUHAN:

a.

Pembinaan pelabuhan-pelabuhan.

b.

Peluasan pelabuhan yang melibatkan 50 peratus atau lebih dalam keupayaan pengendalian setahun.

 

11. PERLOMBONGAN:

a.

Perlombongan bahan galian di kawasan-kawasan baru di mana pajakan perlombongan meliputi jumlah kawasan melehihi 250 hektar.

b.

Pemprosesan bijih, termasuk pemekatan aluminium, kuprum, emas atau tantalum.

c.

Pengorekan pasir yang melibatkan kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

      

 

 

 

 

 

12. PETROLEUM:

a.

Pemajuan medan minyak dan gas.

b.

Pembinaan talian paip yang panjangnya melebihi 50 kilometer di daratan dan di luar pantai.

c.

Pembinaan kemudahan-kemudahan bagi pengasingan, pemerosesan, pengendalian dan penstoran minyak dan gas.

d.

Pembinaan kilang-kilang penapis minyak.

e.

Pembinaan depot keluaran bagi penstoran petrol, gas atau diesel (tidak termasuk stesen-stesen servis) yang terletak di dalam lingkungan 3 kilometer dari kawasan perdagangan, perindustrian atau kediaman dan yang mempunyai keupayaan penstoran tergabung sebanyak 60,000 tong atau lebih.

 

13. PENJANAAN DAN PEMANCARAN KUASA:

a.

Pembinaan stesen janakuasa stim yang menggunakan bahan api fosil dan yang mempunyai keupayaan melebihi 10 megawatt.

b.

Skim-skim empangan dan kuasa hidroelektrik dengan salah satu atau kedua-dua yang berikut:

(i)  empangan-empangan yang ketinggiannya melebihi 15 meter dan struktur-

     struktur sampingan yang meliputi kawasan melebihi 40 hektar;

(ii) kolam-kolam takungan air dengan kawasan permukaan melebihi 400

     hektar.

c.

Pembinaan stesen-stesen janakuasa kitar padu.

d.

Pembinaan stesen janakuasa yang menggunakan bahan api nuklear.

 

14. KUARI:

a.

Cadangan penguarian agregat, batu kapur, silica, kuarzit, batu pasir, marmar dan batu bangunan untuk hiasan yang termasuk dalam lingkungan 3 kilometer dari kawasan kediaman, perniagaan atau perindustrian yang sedia wujud atau mana-mana kawasan yang berkenaan dengannya telah ada deberikan lessen, permit atau kelulusan bagi pemajuan kediaman, perniagaan atau perindustrian.

 

15. KERETAPI:

a.

Pembinaan laluan-laluan baru.

b.

Pembinaan landasan-landasan cabang.

 

16. PENGANGKUTAN:

a.

Pembinaan projek-projek pengangkutan aliran transit laju

 

17. PEMAJUAN REKREASI DAN PERANGINAN:

a.

Pembinaan kemudahan-kemudahan tempat peranginan atau hotel-hotel yang mempunyai lebih daripada 80 bilik di kawasan pantai.

b.

Pemajuan tempat peranginan atau hotel yang meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih di kawasan bukit.

c.

Pemajuan kemudahan-kemudahan pelancongan atau rekreasi di dalam kawasan taman-taman Negara.

d.

Pemajuan kemudahan-kemudahan pelancongan atau rekreasi di pulau-pulau dalam perairan sekeliling yang diwartakan sebagai taman-taman laut Negara.

 

18. PENGOLAHAN DAN PELUPUSAN BUANGAN:

a.

Buangan Toksik dan Berbahaya:

(i) Pembinaan loji penunuan.

(ii) Pembinaan loji pulihguna (luar-tapak).

(iii) Pembinaan loji pengolahan air buangan (luar-tapak).

(iv) Pembinaan kemudahan penimbusan tanah selamat.

(v) Pembinaan kemudahan penstoran (luar-tapak).

b.

Buangan Pepejal Perbandaran:

(i) Pembinaan penunuan.

(ii) Pembinaan loji kompos.

(iii) Pembinaan loji pulihguna/gunasemula.

(iv) Pembinaan kemudahan-kemudahan penimbusan tanah buangan pepejal.

c.

Kumbahan Perbandaran:

(i) Pembinaan Loji pengolahan air buangan.

(ii) Pembinaan alur-keluar laut.

 

19. BEKALAN AIR:

a.

Pembinaan ampangan-ampangan atau kolam takungan air yang kawasan permukaannya seluas 200 hektar atau lebih.

b.

Pemajuan air dalam tanah bagi bekalan air perindustrian, pertanian atau kawasan bandar yang melebihi 4,500 meter padu sehari.

 

2. Projek dikategorikan sebagai “Aktiviti-aktiviti Ditetapkan”  di Sarawak.

 

Arahan Sumber Asli dan Alam Sekitar (Aktiviti-aktiviti Ditetapkan) 1994

Jadual Pertama Aktiviti-aktiviti Ditetapkan (Artikel 2, 3 dan 6)

 

1. PERTANIAN:

a.

Pembangunan estet pertanian atau ladang yang meliputi kawasan seluas 500 hektar atau lebih –

(a) di kawasan hutan primer dan sekunder, atau

(b) yang memerlukan penempatan semula 100 keluarga atau lebih; atau

(c) yang melibatkan pertukaran jenis-jenis kegunaan tanah.

b.

Penukaran hutan paya bakau menjadi estet pertanian yang meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

 

2. PEMBALAKAN:

a.

Penebangan atau pengambilan kayu balak di kawasan seluas 500 hektar atau lebih di kawasan yang sebelum ini diisytiharkan ditutup oleh Pengarah Perhutanan di bawah Forest Ordinance.

b.

Penebangan atau pengambilan kayu balak di dalam kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan tadahan air di bawah Seksyen 8, Water Ordinance, 1994.

 

3. KOMERSIL, INDUSTRI DAN ESTET PERUMAHAN:

a.

Pembangunan estet perumahan, komersil atau perindustrian meliputi kawasan seluas 10 hektar atau lebih;

b.

Pembangunan estet industri dengan kilang yang menampung industry sederhana atau berat.

c.

Penukaran hutan paya bakau menjadi estet perumahan, komersil atau perindustrian meliputi kawasan seluas 10 hektar atau lebih;

d.

Penebusgunaan tanah yang melibatkan laut atau sepanjang tebing sepanjang sungai untuk perumahan, komersil atau industry.

 

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MENCEMARKAN AIR ATAU MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN KE ATAS BEKALAN AIR:

 

a.

Pembinaan bekalan air bawah tanah dengan muatan 4,500 meter padu atau lebih sehari.

b.

Pembinaan empangan, tasik tiruan atau reservoir dengan kawasan permukaan seluas 50 hektar atau lebih untuk menakung air.

c.

Skim pengairan meliputi kawasan seluas 500 hektar atau lebih.

d.

Pembuatan tasik atau kolam untuk memelihara ikan atau udang meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

e.

Perlombongan, menurut apa-apa pajakan, sijil atau lessen perlombongan di bawah Mining Ordinance yang meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih; atau perlombongan yang melibatkan penggunaan bahan kimia atau bahan letupan.

f.

Pengalihan anak-anak sungai atau pengorekan/penggalian pasir dan bahan batuan daripada mana-mana anak sungai atau sungai.

 

PERIKANAN DAN AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH MEMBAHAYAKAN KEHIDUPAN DAN TUMBUHAN MARIN/AKUATIK DI KAWASAN PERAIRAN ATAU HAKISAN TEBING SUNGAI:

 

a.

Perikanan secara komersil yang melibatkan pemasangan peralatan penangkapan ikan di sungai dan anak-anak sungai.

 

PENGOREKKAN DAN PEMINDAHAN BAHAN BATUAN DAN PERLOMBONGAN:

a.

Menguari agregat, batu kapur, silica, kuarzit, batu pasir, pasir atau batu yang boleh membahayakan atau memberi kesan buruk kepada ekosistem.

b.

Perlombongan yang mungkin boleh menjejaskan lanskap kawasan perlombongan yang memerlukan pemulihan selepas berhentinya aktiviti perlombongan.

 

KEMUDAHAN UNTUK PELUPUSAN DAN RAWATAN BUANGAN:

a.

Pembangunan kemudahan penimbusan tanah untuk sisa buangan pepejal atau mana-mana tempat yang akan digunakan untuk menyimpan, melupus, merawat, mengitar semula dan penguraian sisa buangan pepejal.

b.

Pembinaan kemudahan simpanan atau rawatan air kumbahan atau air buangan.

 

AKTIVITI-AKTIVITI LAIN YANG BOLEH MEROSAKKAN ATAU MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN KE ATASA KUALITI ALAM SEKITAR ATAU SUMBER ASLI NEGERI:

 

a.

Pembinaan :-

(a) taman dan kemudahan rekreasi atau resort;

(b) bangunan melebihi 4 tingkat untuk kediaman; dan

(c) bangunan untuk komersil atau tujuan lain di kawasan bukit yang

     berkecerunan 20 darjah atau lebih.

b.

Pembinaan padang golf.

c.

Pembinaan kemudahan pelabuhan (termasuk gudang, limbungan kontena dan kemudahan penyimpanan kargo) untuk kegunaan komersil di sepanjang sungai atau pinggir laut; atau

d.

Pembangunan kemudahan resort di kawasan persisiran pantai Sarawak.

e.

Pembinaan taman dan kemudahan rekreasi yang meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih bagi tujuan komersil.

f.

Mana-mana pembangunan yang akan dilaksanakan di dalam kawasan tadahan air di bawah Seksyen 8, Water Ordinance, 1994.

g.

Pembinaan jalan raya utama yang melalui kawasan penempatan, kawasan pantai atau hutan tanah lembap, atau di atas bukit dengan kecerunan 20 darjah atau lebih;

h.

Pengorekkan dan pemindahan tanah atau tanah liat yang meliputi kawasan seluas 10 hektar atau lebih dan dari lingkungan 3 km mana-mana kawasan perumahan, komersil atau industry ataupun mana-mana kawasan yang telah diluluskan untuk pembangunan perumahan, komersil atau industri.

i.

Pemajuan ladang hutan di bawah Forest Ordinance.

j.

Pembersihan tumbuh-tumbuhan di atas tanah untuk apa-apa tujuan meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

3. Projek dikategorikan sebagai “Aktiviti-aktiviti Ditetapkan”  di Sabah.

 

Jadual Pertama dan Kedua Enakmen Perlindungan Alam Sekitar (Aktiviti-aktiviti Ditetapkan) (Penilaian Impak Alam Sekitar) Arahan 2005.

 

1. PERTANIAN:

a.

Pemajuan estet pertanian atau ladang yang meliputi kawasan seluas 100 hektar atau lebih;

b.

Pemajuan estet pertanian atau ladang yang melibatkan pertukaran jenis tanaman meliputi kawasan seluas 100 hektar atau lebih;

c.

Penukaran hutan tanah lembap menjadi estet pertanian atau lading meliputi kawasan seluas 20 hektar atau lebih; atau

d.

Program-program pertanian yang melibatkan penempatan 100 keluarga atau lebih.

 

2. PERHUTANAN:

a.

Penebangan atau pengambilan kayu balak meliputi kawasan seluas 100 hektar atau lebih; atau

b.

Pemajuan ladang hutan atau penghutanan semula meliputi kawasan seluas 100 hektar atau lebih.

 

3. ESTET PERUMAHAN, KOMERSIL DAN PERINDUSTRIAN :

a.

Pembangunan estet perumahan, komersil atau perindustrian meliputi kawasan seluas 10 hektar atau lebih;

b.

Penukaran hutan tanah lembap menjadi estet perumahan, komersil atau perindustrian meliputi kawasan seluas 2 hektar atau lebih;

c.

Pembangunan estet perumahan, komersil atau perindustrian dalam jarak 200 meter dari paras air pasang di kawasan pantai; atau

d.

Pembangunan estet perumahan, komersil atau perindustrian di atas bukit dengan kecerunan 20 darjah atau lebih

 

4. PENGAIRAN DAN SALIRAN:

a.

Rancangan pengairan meliputi kawasan seluas 500 hektar atau lebih; atau

b.

Pengairan hutan tanah lembap meliputi kawasan seluas 50 hektar atau lebih.

 

5. PENEBUSGUNAAN TANAH:

a.

Penebusgunaan tanah di tepi laut atau di tebing sungai untuk pembangunan estet perumahan, komersil atau perindustrian, pembinaan jalan raya utama, atau bagi maksud awam yang lain.

 

6. PERIKANAN DAN AKUAKULTUR:

a.

Penukaran hutan tanah lembap menjadi pemajuan perikanan atau akuakultur meliputi kawasan seluas 10 hektar atau lebih; atau

b.

Pembuatan tasik atau kolam untuk pemajuan perikanan atau akuakultur meliputi kawasan seluas 10 hektar atau lebih.

 

7. PERLOMBONGAN:

a.

Perlombongan termasuklah perlombongan dedah bagi bahan galian menurut apa-apa pajakan lombong :

(a) meliputi kawasan seluas 20 hektar atau lebih; atau

(b) apa-apa cara perlombongan yang mungkin boleh menjejaskan landskap kawasan perlombongan yang memerlukan pemulihan selepas berhentinya aktiviti perlombongan, atau yang melibatkan penggunaan bahan kimia atau bahan letupan.

 

8. PENJANAAN KUASA:

a.

Pembinaan empangan dan rancangan kuasa hidro-elektrik yang melibatkan empangan melebihi 15 meter tinggi dan struktur tambahan meliputi

kawasan 40 hektar atau lebih;

b.

Pembinaan empangan dan rancangan kuasa hidro-elektrik yang melibatkan tasik buatan atau reservoir dengan luas permukaan meliputi 50 hektar

atau lebih; atau

c.

Pembinaan empangan dan rancangan kuasa hidro-elektrik yang melibatkan pengalihan anak sungai, sungai atau alur air.

 

9. KUARI:

a.

Menguari agregat, batu kapur , silika, kuarzit, batu pasir, pasir, batu marmar atau batu bagi tujuan komersil atau pembinaan dalam jarak 3 kilometer dari :

(a) mana-mana kawasan penempatan, kediaman, komersil atau perindustrian yang sedia ada, jalan raya utama, atau apa-apa bangunan bagi maksud awam, atau

(b) mana-mana kawasan yang baginya suatu lesen, permit atau kelulusan telah diberikan bagi pembangunan kawasan penempatan, kediaman, komersil atau perindustrian, jalan raya utama, atau apa-apa bangunan bagi maksud awam;

b.

Menguari agregat, batu kapur, silika, kuarzit, batu pasir, pasir, batu marmar atau batu dalam jarak 200 meter dari mana-mana anak sungai atau sungai;

c.

Kerja tanah yang melibatkan pengambilan, pengalihan, penimbusan atau pembuangan tanah bagi isipadu 40,000 meter padu atau lebih; atau

d.

Penggalian atau pengorekan pasir atau bahan batuan dari alur air, anak sungai, sungai, kawasan pantai atau laut bagi tujuan komersil atau pembinaan.

 

10. PEMBANGUNAN TEMPAT PERANGINAN DAN REKREASI:

a.

Pembangunan tempat peranginan, rekreasi atau kemudahan pelancongan meliputi kawasan seluas 10 hektar atau lebih;

b.

Pembangunan tempat peranginan, rekreasi atau kemudahan pelancongan dalam jarak 200 meter dari paras air pasang di kawasan pantai;

c.

Pembangunan tempat peranginan, rekreasi atau kemudahan pelancongan di atas bukit dengan kecerunan 20 darjah atau lebih; atau

d.

Pembinaan padang golf.

 

11. BEKALAN AIR:

a.

Pembinaan empangan, tasik tiruan atau reservoir dengan kawasan permukaan seluas 50 hektar atau lebih untuk menakung air; atau

b.

Pembinaan bekalan air bawah tanah dengan muatan 4,500 meter padu atau lebih sehari.

 

APA-APA AKTIVITI LAIN YANG BOLEH MEROSAKKAN ATAU MEMPUNYAI KESAN SAMPINGAN KE ATAS KUALITI ALAM SEKITAR:

 

a.

Pembinaan bangunan bagi maksud awam di atas bukit dengan kecerunan 20 darjah atau lebih;

b.

Pembinaan jalan raya utama atau penaiktarafan jalan raya utamamelibatkan penjajaran semula dan pelebaran melalui kawasan penempatan, kawasan pantai atau hutan tanah lembap, atau di atas bukit dengan kecerunan 20 darjah atau lebih;

c.

Pembinaan bangunan bagi maksud awam dalam jarak 200 meter dari paras air pasang di kawasan pantai;

d.

Pembinaan kemudahan pelabuhan (termasuk gudang, limbungan kontena dan kemudahan penyimpanan kargo) untuk kegunaan komersil di sepanjang sungai atau pinggir laut; atau

e.

Pembinaan jeti terbuka sepanjang 100 meter atau lebih, atau jeti pendaratan tertutup bagi kegunaan komersil atau awam di sepanjangsungai atau pinggir laut.

Tarikh Kemaskini: 03-02-2013 04:17 am Hits = 859305

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel