+A | batal | -A
   

Lokasi: Peristiwa/Aktiviti Undian Laman Web Paling Popular Sempena Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik JKR 2013

Undian Laman Web Paling Popular Sempena Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik JKR 2013

(Dipetik dari Portal Rasmi JKR Malaysia)

Sukacita dimaklumkan bahawa selaras dengan hasrat Jabatan Kerja Raya mendekati serta menyelami kehendak warga JKR, satu undian (polling) ringkas akan dijalankan di Laman Portal Rasmi JKR selama sepuluh (10) hari bermula pada 1 April 2013 hingga 10 April 2013 bagi mendapatkan pandangan langsung warga JKR terhadap laman web manakah yang paling popular serta mendapat perhatian warga JKR.

 
Undian ini akan dijalankan kepada sepuluh (10) calon senarai pendek laman web terbaik JKR 2012 yang telah dipilih oleh panel penilai anugerah yang membawa markah sebanyak 10% daripada jumlah keseluruhan markah. 
 
Untuk makluman pengundi hanya dibenarkan untuk mengundi sekali sahaja. Untuk Tatacara Mengundi Laman Web Paling Popular sila klik di sini
 
Selamat Mengundi!

Tarikh Kemaskini: 02-04-2013 09:52 am Hits = 1050303

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel