Lokasi: Peristiwa/Aktiviti → Senamrobik Peringkat CAST |
CAST sedang menganjurkan aktiviti senamrobik pada setiap hari Rabu, dari jam 12:30 tengahari hingga 1:30 petang. Senamrobik yang pertama telah dimulakan pada 13 November 2013 bertempat di Bilik Heliconia, CAST. Tujuan utama senamrobik ini diadakan adalah untuk membudayakan gaya hidup sihat, disamping merapatkan silaturrahim sesama warga CAST. Aktiviti dimulakan dengan acara pemanas badan dan diikuti oleh senamrobik, yang diketuai oleh tenaga pengajar dari kalangan kakitangan CAST sendiri. Adalah diharapkan senamrobik ini dapat melahirkan warga CAST yang sihat agar tanggungjawab kepada jabatan dapat dilaksanakan dengan penuh efisyen.
Tarikh Kemaskini: 02-12-2013 01:48 pm Hits = 100503