+A | batal | -A
   

Lokasi: Profil CastMaklumat Koporat → Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

Kami adalah komited untuk menyediakan dan menyelenggarakan infrastruktur dan kemudahan awam bagi memenuhi keperluan pembanguan negara. Dalam menyediakan keperluan di atas, jabatan ini akan sentiasa menambahbaikan perkhidmatan profesional yang berkualiti dalam perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan pengurusan dalam segala projek dan program dengan memberi penekanan kepada:

  1. Jangka masa secepat mungkin
  2. Kos yang ekonomik
  3. Reka bentuk yang menarik dan kualiti yang terbaik

Jabatan ini akan sentiasa memastikan infrastruktur dan kemudahan awam yang dipertanggungjawabkan berfungsi sepertimana yang ditetapkan. Dalam melaksanakan tugas dan fungsi seperti di atas, kami berjanji:-

 

Aktiviti: Jalan
Pelanggan Utama: Agensi Kerajaan, Pengguna Jalanraya

Mereka bentuk dan melaksanakan projek pembinaan jalan yang berkualiti mengikut jadual yang ditetapkan. Dalam memastikan pengguna jalan raya dapat menikmati perjalanan dengan selamat, mudah dan selesa:

  • Setiap kerja pembaikan di atas jalan raya akan dilengkapi dengan papan-papan tanda dan alat amaran lain yang secukupnya.
  • Tindakan untuk memperbaiki lubang-lubang (pothholes) di atas turapan jalan yang merbahayakan lalulintas akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam setelah aduan diterima / dikenalpasti. 
  • Sekiranya berlaku keadaan yang mengganggu lalulintas atau keselamatan awam, seperti pokok-pokok tumbang dan tanah runtuh, tindakan yang sewajarnya akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam setelah aduan diterima / dikenalpasti.
  • Setiap penutupan berjadual akan diumumkan melalui media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan. 

Ulasan terhadap permohonan pembangunan tepi jalan yang diterima melalui pihak berkuasa tempatan akan dikemukakan dalam tempoh tidak melebihi 2 bulan selepas menerimanya.

 

Aktiviti: Bangunan
Pelanggan Utama: Agensi Kerajaan, Pengguna Bangunan

  1. Bagi projek persekutuan yang nilainya kurang daripada RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaanya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:
    • 20 bulan bagi pelan piawaian 
    • 24 bulan bagi reka bentuk baru
  2. Bagi projek persekutuan yang nilainya melebihi RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaanya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:
    •  22 bulan bagi pelan piawaian
    • 36 bulan bagi reka bentuk baru
  3. Tempoh penyempurnaan kerja-kerja penyelenggaraan adalah:
    • Aduan-aduan yang diterima akan disiasat dalam masa 24 jam 
    • Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 24 jam 
    • Tindakan pembaikan biasa dalam tempoh 4 minggu

 

Akitiviti: Lapangan Terbang & Pelabuhan
Pelanggan Utama: Agensi Kerajaan

  1. Bagi projek persekutuan yang nilainya kurang daripada RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaannya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:
    • 20 bulan bagi pelan piawai 
    • 24 bulan bagi reka bentuk baru
  2. Bagi projek persekutuan yang nilainya melebihi RM50 juta dan tertakluk kepada kompleksiti projek, tempoh pelaksanaannya dari tarikh penerimaan brif projek yang lengkap hingga siap adalah secepat mungkin dan tidak melebihi:
    •  22 bulan bagi pelan piawai 
    • 36 bulan bagi rekabentuk baru

 

Akitiviti-Aktitivi Lain
Pelangan Utama: Agensi Kerajaan, Pihak awam

  1. Tempoh penyempurnaan bagi kerja-kerja mekanikal berikut adalah:
    • Tindakan aduan kerosakan alatan perkhidmatan mekanikal: 24 jam 
    • Kerja pembaikan besar (major overhaul) kenderaan dan loji berat: 4 bulan 
    • Kerja pembaikan kecil kenderaan dan loji berat: 1 bulan 
    • Penggantian chiller: 15 bulan
    • Penggantian lif :15 bulan
    • Menaik taraf pencegah kebakaran kepada sistem perlindungan jenis sprinkler: 15 bulan
  2. Aduan kerosakan yang menjejaskan bekalan elektrik akan diambil tindakan dalam tempoh berikut:
    • Memberi respon kepada aduan kerosakan semasa dalam tempoh tanggungan kecacatan dalam tempoh satu (1) hari. 
    • Mengambil tindakan ke atas aduan kerosakan elektrik dalam tempoh masa:
      • Satu (1) hari kerja bagi kerosakan elektrik yang biasa
      • Tujuh (7) hari kerja bagi kerosakan elektrik yang rumit

Tarikh Kemaskini: 11-10-2012 12:00 am Hits = 632099

Kalendar C.A.S.T


Kalendar Aktiviti


Galeri


Arkib Berita

Artikel