Melayu

Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia ingin berkongsi pencapaian pelaksanaan projek-projek Kerajaan Persekutuan yang merangkumi projek fizikal pembinaan, projek fizikal penyelenggaraan (kerja senggaraan dan projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai dan Naiktaraf (PPUN)) dan lain-lain pencapaian dalam RMKe-12 sehingga 31/12/2023.

Alt

adminjkr


Melayu

Pada 22 Februari 2024 (Khamis) telah berlangsungnya Majlis Amanat Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) bagi tahun 2024 yang bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid. Amanat KPKR pada tahun ini telah disampaikan oleh
YBhg. Dato’ Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas KPKR. Majlis Amanat ini telah dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi jabatan, Pengarah-Pengarah Kanan, Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera-Jurutera Daerah serta warga JKR yang berada di ibu pejabat.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti PUAN RUAIDAH BINTI IDRIS yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 21 Februari 2024.

Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya sebagai Juruukur Bahan di Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan pada 2 April 1990, manakala penempatan terakhir adalah sebagai Juruukur Bahan Penguasa Kanan. Beliau telah berkhidmat lebih 34 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Melayu
Majlis Menandatangani Nota Kerjasama
di antara
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE)
Jabatan Kerja Raya Malaysia
dan
Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Melaka
 

7 Februari 2024 – Bertempat di Galeri CREaTE, telah berlangsung Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Pembangunan Latihan Dan Bimb

Alt

adminjkr


Melayu

Dukacita dimaklumkan Ir. Yusuf Bin Abd Ghani, Mantan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu telah kembali kerahmatullah pada jam 3.00 pagi, 16 Februari 2024 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Jenazah telah berada di kediamannya di Kampung Seberang Tuan Chik, Bukit Tunggal dan akan disolatkan di Surau Hj. Abu Bakar, Seberang Tuan Chik pada jam 10.30 pagi hari ini seterusnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tunggal.

Alt

adminjkr


Melayu

Satu Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Menara Kerja Raya (Blok G), Jabatan Kerja Raya Malaysia telah diadakan pada 5 Februari 2024. Rombongan lawatan ini adalah seramai lima belas (15) pegawai yang diketuai oleh Encik Khairul Hafiz bin Mohamad, Penolong Pendaftar, Hal Ehwal Pelajar, UPM.

Alt

adminjkr


Melayu

Satu Lawatan Penanda Aras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ke Menara Kerja Raya (Blok G), Jabatan Kerja Raya Malaysia telah diadakan pada 7 Februari 2024. Lawatan kerja yang dihadiri seramai lapan (8) pegawai LLM diketuai oleh Ir. Dr. Mohammed Ridzuan bin Jahidin, Pengarah Wilayah Tengah, Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Alt

adminjkr


Melayu
Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung (GSTB) Mengikut Piawai Dan Kemudahan Yang Berkaitan Di SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Februari 2024 (Rabu) bertempat di Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung (GSTB) SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis.
 
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis kepada YBrs. En.
Alt

adminjkr


Melayu

Dukacita dimaklumkan En. Ahmad Jalil bin Jaafar, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Kader di Agensi Nuklear Malaysia telah kembali kerahmatullah pada 12 Februari 2024.

Jenazah akan dimandikan di Hospital Kajang selepas post mortem pada hari ini, disolatkan di Masjid Jamek Kajang selepas solat Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه

Alt

adminjkr


Melayu

Dengan hormatnya bahawa YBrs. Ir. Mohamad Salzeli bin Mokhtar, Jurutera Awam Penguasa Kanan Gred 54 di Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia ditukarkan ke Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka sebagai Pengarah JKR Negeri Melaka. Pertukaran ini berkuatkuasa 13 Februari 2024.

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Mohamad Salzeli bin Mokhtar diatas pertukaran menjadi Pengarah JKR Negeri Melaka. Semoga YBrs. Ir dapat menjalankan tugas ini dengan penuh cemerlang dan berdedikasi serta berintegriti.

Alt

adminjkr


Halaman-halaman