Melayu

Pada 6 Februari 2024 telah berlangsung satu Sesi Libat Urus Pengarah Cawangan Dasar Dan Pengurusan Korporat (CDPK), YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri Bin Baharuddin bersama Pegawai-Pegawai Kader JKR di Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia (JPS) bertempat di Dewan Serbaguna, JPS Malaysia, Cyberjaya.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. DATUK Ir. ISMAIL BIN ABD RAHMAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 12 Februari 2024.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek PEMBINAAN KOMPLEKS PERPADUAN PERLIS dan PEMBINAAN PEJABAT BAHARU & NAIKTARAF BANGUNAN SEDIA ADA BAGI JKR CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK NEGERI PERAK  telah diadakan pada 7 Februari 2024 (Rabu) di Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Aras 14, Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Alt

adminjkr


Melayu

Bahagian Integriti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) dengan kerjasama Surau Menara Kerja Raya dan Kelab Sukan CDPK telah menganjurkan satu Program Kerohanian Integriti yang bertajuk “Bekerja Dari Hati” disampaikan oleh Ustaz Pahrol Mohamad Juoi pada 06 Februari 2024 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Kompleks Kementerian Kerja Raya. Program ini secara tidak langsung adalah untuk memupuk dan membudayakan nilai integriti di kalangan pegawai JKR serta mengukuhkan aspek kerohanian dalam diri pegawai JKR.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK NAIKTARAF FASILITI DAN KEMUDAHAN ASRAMA DI IKBN KUALA LANGAT SELANGOR telah dilaksanakan pada 5 februari 2024 (Isnin) bertempat di IKBN Kuala Langat Selangor.

Alt

adminjkr


Melayu

05 Februari 2024 - Bertempat di Auditorium Muzik dan Kesenian (MUKES), Pangkalan Udara Subang, telah berlangsung Majlis Penyerahan oleh Markas Tentera Udara (MTU), Kementerian Pertahanan (MINDEF) kepada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), JKR bagi Tanggungjawab Operasi Dan Penyelenggaraan Aset Untuk Bangunan-Bangunan Baharu Yang Dibina Di Pangkalan Udara Subang Di Bawah Projek Perpindahan Pangkalan Udara Kuala Lumpur (PUKL) – 40 Kluster Bangunan (98 Blok). Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Kolonel Yusri Bin Jamari, Komander Pangkalan Udara Subang.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Perasmian Studio Latihan BIM JKR Malaysia di Menara PJD telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya pada 06 Februari 2024 yang turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Sr. Amran bin Hj. Mohd Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan (menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir.

Alt

adminjkr


Melayu

Majlis Penyerahan Projek Siap bagi NAIK TARAF ICU HOSPITAL TENGKU AMPUAN RAHIMAH, KLANG, SELANGOR - TENDER SEMULA telah berlangsung dengan jayanya pada 02hb Februari 2024 (Jumaat) bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

Alt

adminjkr


Melayu

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) telah mengadakan satu Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Perjanjian (MoA) di antara CREaTE dan UTM pada 5 Februari 2024 (Isnin) bertempat di Galeri CREaTE. Sesi pertukaran dokumen ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Kanan CREaTE dan YBrs. Prof. Dr. Rosli bin Md. Illias, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia yang mewakili organisasi masing-masing.

Alt

adminjkr


Melayu

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ir. Hj. MOHD NOH BIN KARIM yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 5 Februari 2024.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (J3) di Projek Kem Gemas, Negeri Sembilan pada 22 Julai 1996. Beliau telah berkhidmat lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

Alt

adminjkr


Halaman-halaman