Date: Selasa, Februari 13, 2024
Majlis Penyerahan Projek Siap kepada pelanggan bagi Projek Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung (GSTB) Mengikut Piawai Dan Kemudahan Yang Berkaitan Di SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Februari 2024 (Rabu) bertempat di Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung (GSTB) SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis.
 
Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis kepada YBrs. En. Hamidi bin Md Saad, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah yang menjalankan tugas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis. Majlis penyerahan ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. En. Kamaruddin Bin Selamat Din dari Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Pada majlis ini, diadakan upacara menandatangani Sijil Penyerahan dan Penerimaan Projek serta penyerahan replika bangunan sebagai simbolik penyerahan oleh Yang Mulia Raja Hassbullah bin Raja Hussin, Pengarah Raja Hussin Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama kepada YBrs. Ir. Mohd Shahril Bin Mohd Said, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis selaku Pegawai Penguasa dan seterusnya kepada YBrs. En. Hamidi bin Md Saad, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah yang menjalankan tugas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perlis yang disaksikan oleh YBrs, En. Kamaruddin Bin Selamat Din dari Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Ir. Amalludin bin Zolkifli, Wakil Pegawai Penguasa Utama, Pasukan Projek Persekutuan Negeri Perlis, JKR Negeri Perlis, YBrs. En. Wan Masrul Jafni bin Wan Mohd Anuar, wakil Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Perlis, Jabatan Perdana Menteria dan YBrs. En. Muhammad Rizal Bin Ibrahim, Pengetua SMK Syed Hassan, Kangar, Perlis serta diserikan dengan kehadiran wakil Pengurus Program, YBrs. Pn. Rosmunira binti Zukkafli , Cawangan Kerja Pendidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
 
Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman dan secara Pre-Approved Plan (PAP) dengan pindaan. Cawangan Kerja Pendidikan (CKP) ialah selaku Pengurus Program dan HOPT adalah di peringkat Pasukan Projek Persekutuan Negeri Perlis seterusnya Pengarah JKR Negeri Perlis telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Manakala HODT yang terlibat adalah daripada Pasukan JKR Negeri Perlis yang terdiri daripada Bahagian Arkitek, Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal.
 
Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor Raja Hussin Sdn. Bhd. secara tender terbuka dengan kos projek asal berjumlah RM 5,117,722.40. Projek ini  disiapkan pada 17 Januari 2024 iaitu 163 hari awal daripada tarikh penyiapan projek asal pada 27 Jun 2024.
 
Projek ini juga telah berjaya disiapkan mengikut KPI serahan 3 dalam 1 iaitu :

1. Sijil Perakuan Kerja Siap (CPC)
2. Lukisan Siap Bina ; dan
3. Penyata Akaun Muktamad – SOFA
 
Di samping 11 nilai tambah yang lain iaitu :

4.   Tiada Lanjutan Masa
5.   Siap awal 163 hari dari tempoh kontrak
6.   Tiada kemalangan
7.   Q-Lassic
8.   Zero Major Defect
9.   Dokumen Coffee Table
10. Inovasi Di Tapak Bina
11. Penyerahan Awal Dokumen Aset Tak Alih
12. Pengekuaran ACDA
13. Dokumen Penyerahan
14. Pengeluaran SOFA, CPC dan Penyerahan Lukisan Siap Bina Serentak Pada Tarikh CPC.
 
Projek ini juga telah berjaya mencapai markah cemerlang iaitu 78% dalam Quality Assessment System for Building Construction Works (Q-Lassic) yang dilaksanakan oleh pihak CIDB.
 
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan projek ini yang telah memainkan peranan penting kepada kejayaan projek.