Date: Selasa, March 12, 2024

LANGKAWI, Kedah – 10 Mac 2024 (Ahad), Majlis Penyerahan Projek Siap dan pembukaan Jambatan baru Sungai Perangin, Oriental Village, Langkawi, Kedah Darul Aman telah berlangsung dengan jayanya yang bertempat di Oriental Village, Langkawi, Kedah Darul Aman.

Majlis perasmian pembukaan Jambatan Sungai Perangin ini telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia. Turut hadir bersama ialah YBrs. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia selaku Pengurus Program projek ini.

Sebelum itu, penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Langkawi selaku Pegawai Penguasa dan YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan & Pembangunan), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah pegawai-pegawai dan kakitangan dari Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Negeri Kedah, JKR Daerah Langkawi, Jurutera Daerah Negeri Kedah, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Cakra Makota Sdn. Bhd. selaku Kontraktor Utama dan Sinar Merbok Enterprise iaitu kontraktor NSC (Elektrik) serta wakil komuniti setempat.

Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah dilantik sebagai Pengurus Program dan Bahagian Pengurusan Projek Utara, Cawangan Jalan selaku Head of Project Team (HOPT). Pasukan Head of Design Team (HODT) terdiri daripada Cawangan Jalan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga dan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan,Cawangan Jalan. Projek ini dilaksanakan kaedah perolehan secara Konvensional Dalaman dengan harga kontrak sebanyak RM 7,788,579.63. Cakra Makota Sdn. Bhd. dilantik sebagai Kontraktor Utama dan tempoh pembinaan projek bermula pada 30 Oktober 2020 dan siap sebenar pada 24 Januari 2024.

Skop projek ini melibatkan pembinaan jambatan baru mengikut Standard Piawaian JKR R3 seperti berikut:

  • Membina Jambatan baru berukuran 25 meter Panjang dan 12.5 meter lebar;
  • Menaiktaraf Jalan baru sepanjang 315 meter;
  • Kerja-kerja Geoteknik (Tembok Penahan);
  • Menaiktaraf dan Membina Sistem Saliran;
  • Pemasangan Lampu & Perabot Jalan; dan
  • Pengalihan Utiliti

Jambatan Sungai Perangin, Oriental Village adalah merupakan laluan utama kepada para pelancong untuk ke Kereta Kabel Langkawi dan Hotel Berjaya. Pada waktu puncak seperti pagi hingga tengah hari di musim cuti persekolahan, Jambatan Sungai Perangin ini akan mengalami kepenggunaan yang maksimum. Oleh itu, hasil pembinaan jambatan baru ini akan memberi keselasaan, kemudahan, meninggatkan ekonomi sektor pelancongan dan meningkatkan keselamatan kepada para pengguna terutamanya pelancong.

Dalam usaha pihak JKR memberikan produk akhir kepada pelanggan, penambahbaikan dalam pengurusan projek sentiasa diberi penekanan dan perhatian yang khusus. JKR sentiasa berusaha dalam memenuhi keberkesanan pengurusan projek dengan menambahbaik pencapaian agar projek yang dilaksanakan JKR dapat disiapkan memenuhi kriteria 3 dalam 1.

Projek ini berjaya diserahkan kepada pelanggan secara 14 dalam 1 iaitu :

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
  2. Penyiapan Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
  3. Penyiapan Lukisan Siap Bina – As Built Drawing
  4. Operation & Maintanance Manual (O&M)
  5. Rasuk Jambatan jenis Ultra-High Performance Fiber-Reinforced Concrete (UHPFRC) yang Pertama di Kedah
  6. Penjimatan Kos
  7. Penyediaan Coffe Table Book
  8. Mencapai kepuasan pelanggan
  9. Sifar Kemalangan – Zero Loss Time Injures (Zero LTI)
  10. Zero Major Defects

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Kementerian Kerja Raya Malaysia, JKR Negeri Kedah selaku Pegawai Penguasa dengan kerjasama dan ‎sokongan yang sangat baik daripada Pasukan HOPT dan HODT JKR Malaysia, ‎JKR Daerah Langkawi, dan komitmen yang baik daripada pihak Kontraktor Utama, Cakra Makota Sdn. Bhd. serta Kontraktor NSC (Elektrik), Sinar Merbok Enterprise dan juga dengan sokongan serta kepercayaan oleh ‎pihak pelanggan iaitu Lembaga ‎Pembangunan Langkawi (LADA) dan semua pihak ‎yang terlibat dalam memastikan projek dapat disiapkan dengan jayanya.‎