Date: Selasa, April 30, 2024

Majlis penyerahan projek siap bagi projek Pembinaan Gantian Blok Asrama Perempuan Dan Lain-Lain Kemudahan Di SMK Tandek, Kota Marudu, Sabah telah diadakan pada 23 April 2024 (Selasa) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek yang berlangsung pada jam 10.00 pagi. Majlis telah disempurnakan oleh Ir. Juvinia Augustine Zujip selaku Wakil  Pegawai Penguasa (Utama) dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Marudu Encik Khairuddin Haji Jamal mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia selaku pihak pelanggan.

Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Puan Hanie Binti Kumil , Pengetua SMK Tandek , warga kerja dari Pasukan Projek Khas 2 Sabah, pasukan perunding, kontraktor utama  dan sub-kontraktor dinamakan yang terlibat dalam melaksanakan projek ini.

Projek ini telah dilaksanakan oleh kontraktor Jurubina TYC selaku kontraktor utama bersama beberapa Sub-kontraktor Dinamakan untuk skop kerja mekanikal dan elektrik sehingga projek berjaya disiapkan pada 6 Mac 2024. Skop kerja Projek ini melibatkan kerja-kerja perobohan dua blok asrama sedia ada dan seterusnya membina semula blok asrama empat tingkat yang mempunyai dorm, bilik umum, bilik belajar, bilik ruang tamu, bilik air, bilik sakit, bilik gosok, ruang basuh, stor, ampaian terbuka, ampaian berbumbung, rumah warden kelas F dan ruang solat serta kemudahan-kemudahan lain.

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pelaksanaan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab sebagai Pegawai Penguasa dari Pasukan Projek Khas 2, pasukan BPP6 Cawangan Kerja Pendidikan yang diketuai oleh Ir. Sulaiman Bin Ismail, pasukan perunding serta kontraktor utama dan subkontraktor yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan projek ini. Terima kasih juga kepada pihak pelanggan yang telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh perlaksanaan projek ini.

Semoga dengan penyiapan blok asrama yang baharu, akan memberi manfaat kepada pelajar