Date: Khamis, April 4, 2024

4 April 2024 - Bertempat ditingkat 5, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah berlangsung Majlis Penyerahan Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa, Surat Setuju Terima (SST) 2 in 1 dan Surat Setuju Terima (SST) Perunding Sivil dan Struktur. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan, Cawangan Jalan.

Sebanyak tiga (3) Penyerahan Surat Pelantikan Pegawai Penguasa dan Surat Setuju Terima (SST) telah dilaksanakan  seperti berikut:   

  1. Menggantikan Jambatan FS022/293/67 Saint Joseph Hill, Sandakan

         – Masijaya Sdn Bhd

  1. Menggantikan Jambatan FS022/294/70 Sungai Anip, Sandakan

         – Astana Sepadu Sdn Bhd

  1. Projek Menggantikan Jambatan Rosak FT218/27/300 Sungai Bilut, Jalan Lama Bentong-Raub, Pahang

         – N Kay Enterprise

Satu (1)  Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Perunding SST Perunding Sivil dan struktur bagi projek Membina Jalan Sambungan dari Lebuhraya Plus ke Persimpangan Lebuhraya Ipoh-Lukut (FT005) Jelapang telah diterima oleh Abad Consultant.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor dan perunding yang dilantik semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang telah ditetapkan.

p1

p2

p3

p4

p5