Date: Jumaat, Mei 3, 2024

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Pelantikan Pegawai Penguasa bagi projek Pembinaan Stor Rampasan Pejabat Penguatkuasaan  Kastam Kuching, Sarawak (Tender Semula) telah diadakan pada 2 Mei 2024 (Khamis) di Cawangan Kerja Bangunan Am 1, Aras 14, Menara PJD, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ar. IDr.Azman Bin Md Hashim, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am 1 dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya iaitu MSD ENTERPRISE SDN. BHD. Majlis turut dilengkapi dengan penyerahan surat rasmi pelantikan Pegawai Penguasa kepada Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 2 iaitu YBhg. Dato’ Ir. Jasmi Bin Wahab.

Turut hadir bersama adalah YBrs. Puan Natrah binti Mohd Zahari Ketua Seksyen Pembangunan dan Perolehan Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan Malaysia, YBrs. Tuan Md Haryadi Solehin bin Jamilin Penolong Kanan Pengarah Kastam II, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Cawangan Pengurusan Perolehan, Ibu Pejabat Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, YBrs. Tuan Haji Norizan bin Yahya, Pengarah Kastam Negeri Sarawak, YBrs. Ir. Hasbullah bin Osman, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 5, Cawangan Kerja Bangunan Am 1 bersama wakil-wakil HOPT dan HODT yang terlibat.

Projek Pembinaan Stor Rampasan Pejabat Penguatkuasaan Kastam Kuching, Sarawak (Tender Semula) adalah projek di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia ‎selaku pemilik kepada projek ini.‎ Objektif pelaksanaan projek ini adalah bagi menyediakan stor yang terjamin keselamatan dan ruang simpanan yang mencukupi bagi menyimpan barang-barang rampasan.

Projek ini merupakan Projek Kerajaan Persekutuan yang telah diluluskan untuk pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11, Rolling Plan 4 Tahun 2020 dengan kaedah pelaksanaan secara Konvensional Perunding. Lokasinya terletak di kawasan Pejabat Penguatkuasaan Marin yang terletak di Lot 1092, Blok 5, Sungai Muda, Muara tebas Land District, Kuching, Sarawak. Skop projek ini adalah pembinaan stor barangan rampasan berkeluasan 1,000 meter persegi siap dengan kelengkapan heavy duty rack, Lapangan parkir kenderaan serta lapangan parkir berbumbung untuk simpanan kenderaan rampasan kategori mewah, Pagar keselamatan sekeliling serta CCTV dan lain-lain kerja berkaitan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontraktor yang dilantik dan semoga dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk menyiapkan projek dalam tempoh kontrak yang ditetapkan.

Diharap kejayaan penyerahan Surat Setuju Terima (SST) ini dapat dijadikan semangat kepada ‎semua pihak dalam urusan pelaksanaan projek yang ‎seterusnya.‎ Setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan ‎kepada semua pihak yang telah berusaha keras ‎merealisasikan harapan ini.

JKR selaku agensi pelaksana akan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi Kerajaan agar projek-projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti, dengan kos dan tempoh masa seperti mana yang telah ditetapkan dalam kontrak.

p2