MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT DISIPLIN AWAM JKR 2015

Majlis Perasmian Mesyuarat
Jurutera Awam JKR Tahun 2015 telah diadakan pada 18 Oktober 2015 (Ahad) jam 8.30 malam bertempat di Hotel M.S Garden Kuantan Pahang. Tema mesyuarat kali ini ialah “ Ilmu & Inovasi Pencetus Transformasi”. Tema ini telah dipilih selaras dengan hasrat jabatan untuk menggalakkan warga JKR untuk mempelbagaikan serta menghasilkan inovasi sekaligus mengenerasikan perkembangan dan penggunaan
idea baru pada organisasi.

Majlis dimulakan pada jam
8.30 malam dengan bacaan doa dan disusuli dengan Ucapan Ketua Disiplin Awam, Ybhg Dato’ Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh.

Intipati ucapan Ketua Disiplin Awam

 YBhg Dato’ menyatakan bahawa Mesyuarat Jurutera Awam ini bermula pada tahun 2009 dan pada Mesyuarat Jurutera Awam Tahun 2015 ini Jawatankuasa Disiplin Awam akan membentangkan hasil Pencapaian Pelan Bisnes Disiplin Awam 2013-2015. Sehubungan dengan itu juga, mesyuarat ini juga akan ‘brainstorm’ dan merangka Pembangunan Pelan Bisnes Awam untuk tahun 2016-2018. Turut ditekankan perlunya peningkatan kompentensi oleh Jurutera Awam dimasa hadapan dengan penambahan elemen Inovasi. Sasaran telah ditetapkan untuk
Jurutera Awam dengan mensasarkan 55% Jurutera Awam yang mempunyai kelayakan ‘Professional Engineer’ (PE) pada tahun 2018. Jawatankuasa Disiplin Awam juga telah mengadakan beberapa sesi ‘Town Hall’ di setiap Zon bertujuan untuk memberi penerangan dan juga
menggalakkan Jurutera Awam  memohon untuk pensijilan PE.

Majlis diteruskan dengan acara kemuncak iaitu Ucapan Perasmian oleh YBhg Datuk Ir. Hj. Adanan bin Mohamed Hussain, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Intipati ucapan KPKR;

Mengikut sejarah, asas penubuhan JKR bermula dgn kejuruteraan awam. Dari awal penubuhan JKR tlah memainkan peranan yang signifikan dalam penyediaan infrastruktur; jalanraya dan juga keretapi.

Landskap industri pembangunan terus maju dan JKR dipertanggungjawab untuk menerajui pembangunan negara dari pembinaan yang
ikonik seperti Masjid Negara, Bangunan Parlimen, JRTB, KLIA.

Penekanan kpd kompetensi perlu disegarkan kembali. Selepas peperiksaan PTK dimansuhkan, semangat pembelajaran telah menurun. Ini perlu dinaikkan semula supaya semangat dahagakan ilmu terus menjadi ciri teras JKR. Kita juga perlu menjadi pengurus projek yang benar-benar kompeten dalam pengurusan dan bukan hanya setakat takuk 'administrator' sahaja.

RMK10 hampir melabuh tirai dan RMK11 yang merupakan pecutan akhir Negara untuk ke Wawasan 2020 akan tiba. Tanggungjawab sebagai jurutera awam amat diperlukan kerana beberapa projek mega telah diisytiharkan oleh Kerajaan. JKR perlu berfikir di luar kotak dan 2-3 langkah ke hadapan untuk menghadapi cabaran..

JKR mempunyai hampir 3,800 professional tetapi masih menghadapi masaalah dan gagal diterjemah dalam bentuk pencapaian
hasil dan kualiti. Untuk Tahun 2015 JKR hanya berjaya siapkan beberapa projek tetapi masih berhadapan pelbagai isu; jalan beralun di LPT2, kelewatan penyerahan Menara Kerja Raya yang merupakan satu ironi kerana JKR adalah pelanggan dan pelaksana projek ini. Prestasi Rumah Kekal Banjir juga amat mengecewakan.

Sudah sampai masanya fokus diberikan kepada pembangunan modal insan yang kompeten, berintegriti, inovatif, kreatif dan mempuynyai `interpersonal skill' yang tinggi.

Statistik Ogos 2015 menunjukkan lebih 2/3 warga professional JKR merupakan pegawai di Gred 41/44. Perhatian perlu diberikan untuk memcapai sasaran 50% Gred 41/44 berbanding gred atasan. Kerangka Strategik JKR menetapkan sasaran 15% warga P&P mempunyai pentauliahan Professional setiap tahun.

Baru-baru ini JPA telah menawarkan kenaikan pangkat melalui skim SME terutama kepada skim professional untuk naik ke Gred Jusa C. Melalui Skim ini 6 professional JKR telah berjaya dan 2 darinya adalah Jurutera Awam.

Untuk tingkatkan kompetensi, jawatan-jawatan strategik seperti JD, kewajiban untuk status PE sudah di adakan secara berperingkat. Saranan juga agar para jurutera JKR memain perana aktif dalam institusi professional di dalam dan luar Negara.

Penubuhan Akaun Facebook oleh Disiplin baru-baru ini adalah satu perkembangan yang amat memberansangkan. Para jurutera dusaran untuk aktif memberikan pandangan di sini untuk disampaikan kepada Pengurusan Tertinggi.

JKR perlu kembali menajdi organisasi keyakinan Negara dengan menjadikan 'Learning Culture' sebagai pakaian harian. `Jadikan Pembudayaan Ilmu sebagai Trademark JKR.

Ybhg Datuk KPKR juga mengumumkan pengunduran Ketua Disiplin Awam Dato’ Ir. Dr. Hasnul bin Mohamad Salleh dan digantikan dengan Ybhg. Dato’ Ir. Dr. Meor AB Aziz bin Hj Osman sebagai Ketua Disiplin Awam yang baru.

Majlis dihentikan sebentar untuk acara bergambar dan bersambung semula jam 9.40 malam dengan Pembentangan Pencapaian Pelan Bisnes Awam 2013-2015 olehYbhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Ab Aziz bin Hj Osman.