Date: Isnin, March 4, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti Ir. N NAELAH BINTI MAT KASA yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 4 Mac 2024.

Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya sebagai Jurutera Awam pada tahun 1995 di Cawangan Jalan, dan penempatan terakhir beliau adalah juga di Cawangan Jalan sebagai Jurutera Awam Penguasa Kanan. Sepanjang berkhidmat lebih 29 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah ditugaskan di pelbagai gred jawatan dan penempatan iaitu;

  1. Tahun 1995-2000: Jurutera Awam (J3), Cawangan Jalan
  2. Tahun 2000-2004: Jurutera Jalan (J3), JKR Daerah Hilir Perak
  3. Tahun 2004-2011: Penolong Pengarah Jalan (J41), JKR Perak
  4. Tahun 2011-2015: Penolong Pengarah Kanan Jalan (J48), JKR Pulau Pinang
  5. Tahun 2015-2018: Jurutera Daerah Kinta (J52), JKR Kinta
  6. Tahun 2018-2024: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Jalan

Beliau juga telah menerima beberapa kelayakan dan pengiktirafan sepanjang perkhidmatan. Antaranya:

a) Kelayakan Profesional

  • Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia, PEPC
  • Berdaftar sebagai Registered Project Manager (RPM)
  • Berdaftar dengan CIDB sebagai Pengurus Projek Pembinaan Tahap 6


c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Ahli Puspanita
  • Ahli Suri Taman Rapat Setia, Ipoh

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • APC Tahun 2011
  • Pingat Pekerti Terpilih Tahun 2008

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas keringat, tenaga serta idea dalam memastikan kelangsungan visi dan misi jabatan. Semoga Ir. N NAELAH BINTI MAT KASA dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan serta dirahmati Allah.

 

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"