Date: Isnin, March 11, 2024

Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG), JKR dengan kerjasama Pusat Geokejuruteraan Tropika (GEOTROPIK), UTM buat julung kalinya telah menjayakan penganjuran Seminar Spesifikasi Piawai JKR Malaysia Bagi Kerja-Kerja Geoteknik 2024 (SPPGeo 2024) pada 26 dan 27 Februari 2024 bertempat di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Sr Hj. Amran bin Hj. Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Pakar.

SSPGeo 2024 ini diadakan bertujuan untuk memberi pencerahan dan meningkatkan kefahaman kakitangan JKR khasnya serta professional teknikal umumnya berkaitan spesifikasi piawai JKR Malaysia untuk kerja-kerja Geoteknik seterusnya bagi meningkatkan kualiti pembinaan di tapak. Pada masa yang sama, seminar ini diharapkan dapat menggalakkan kerjasama dan hubungan antara kakitangan JKR serta industri berkaitan Kejuruteraan Geoteknik.

Seramai 250 peserta telah menghadiri seminar ini iaitu terdiri daripada 100 peserta dari JKR Malaysia & JKR Sabah, 29 peserta dari Agensi Kerajaan lain, Universiti dan Pihak Berkuasa Tempatan serta 121 penyertaan dari pihak swasta. Sebanyak 11 mata  CPD ( Continuing Professional Development) dan 20 mata CCD (Contractor Continuous Development)  turut ditawarkan kepada peserta yang hadir serta HDR Corp claimble kepada peserta swasta yang layak.

Sebanyak dua (2) kertas ucaptama dimana kertas ucaptama pertama disampaikan sendiri oleh YBhg. Datuk Sr Hj. Amran bin Hj. Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Sektor Pakar manakala kertas ucaptama kedua disampaikan oleh Ir. Edayu binti Saleh @ Aman, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Geoteknik. Selain daripada itu, sebanyak lima (5) kertas kerja khas serta sembilan (9) kertas kerja teknikal turut dibentangkan oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan.

Tiga belas (13) buah Syarikat berkaitan Kejuruteraan Geoteknik telah menyertai seminar ini sebagai pempamer sepanjang dua hari seminar berlangsung.

Berikut merupakan senarai nama pembentang beserta tajuk pembentangan pada SSPGeo 2024:

 

Kertas Ucaptama

1.

ISU-ISU PERUNDANGAN BERKAITAN DENGAN KEJURUTERAAN GEOTEKNIK

YBhg. Datuk Sr Hj. Amran bin Hj. Mohd Majid

Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (TKPKR) Pakar, JKR Malaysia

 

2.

SPESIFIKASI PIAWAI JKR – HALA TUJU

Ir. Edayu binti Saleh @ Aman

Pengarah

Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG), JKR

 

Kertas Khas

1.

JKR STANDARD SPECIFICATION FOR SITE INVESTIGATION

Ir. Som Pong a/l Pichan A.M.N

Jurutera Awam Penguasa Kanan, CKG JKR

 

2.

JKR STANDARD SPECIFICATION FOR EARTHWORKS

Ir. Zulkifli bin Ismail

Jurutera Awam Penguasa, CKG JKR

 

3.

JKR STANDARD SPECIFICATION FOR FOUNDATION WORKS

Ir. Eng Boon Cheng

Jurutera Awam Penguasa Kanan

Makmal Penyelidikan Geoteknik, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), JKR

4.

JKR STANDARD SPECIFICATION FOR SLOPE STABILISATION

Ir. Dr. Hj. Ahmad Shukri bin Hj. Abd Rashid

Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) JKR

5.

JKR STANDARD SPECIFICATION FOR GROUND IMPROVEMENT

Ir. Nor Fardzilah binti Abd. Rahman

Jurutera Awam Penguasa Kanan, CKG JKR

Kertas Teknikal

1.

APLIKASI GEOFIZIK DALAM GEOLOGI KEJURUTERAAN

En. Muhamad Safid bin Saad

Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)

2.

THE CONSEQUENCES OF AN INCORRECT SEISMIC SURVEY

Ir. Yee Thien Seng

The Institution of Engineers Malaysia

3.

DEVELOPMENT OF EXCAVATIBILITY ASSESSMENT METHOD FOR VARIOUS TYPES OF WEATHERED ROCK MASS (RESEARCH COLLABORATION JKR-UTM)

Puan Nurul Eilmy binti Zainuddin

Jurutera Awam Penguasa, CKG JKR

4.

DETERMINATION OF HARD MASS & ROCK MASS

Ir. Ts. Mohd Danial bin Zammeri, Jurutera Awam

Unit Projek Khas East Coast Economic Region (ECER 3), Cawangan Jalan

5.

INSTRUMENTED PILE LOAD TEST ON SOFT GROUND

Prof Ir. Dr. Azman Kassim

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

6.

DESIGN CONSIDERATIONS BASED ON QUANTITATIVE RISK ASSESSMENT FOR SLOPES

Ir. Dr. Jimjali bin Ahmed

OPUS Consultants (M) Sdn. Bhd.

7.

DESIGN AND CONSTRUCTION OF TERRALINK WALL AS LANDSLIDE REPAIR METHOD FOR THE ROAD BATANG KALI TO GENTING

Mohd Rizal bin Ahmad

Pintas Utama Sdn. Bhd.

8.

PENDAFTARAN PRODUK DENGAN RMAL (ROAD MATERIAL APPROVED LIST) - BAGAIMANAKAH CARANYA?

Puan Wan Norisa binti Wan Yusoff

Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan

9.

VIBRO REPLACEMENT GROUND IMPROVEMENT TECHNIQUE: STONE COLUMN OR COLUMN OF STONE?

Ir. Dr. Low Tian Huat

Mohd Asbi Associates Sdn. Bhd.

 

 Slaid pembentangan di atas boleh diperolehi melalui JPedia.

Tahniah diucapkan kepada barisan pembentang, pempamer dan urus setia di atas penganjuran seminar sebegini. Diharapkan lebih banyak lagi penyertaan daripada JKR dan pemain industri pada seminar yang akan datang.

 

Seminar Geoteknik

seminar geotek

seminar geotek

seminar geotek

seminar geotek

seminar geotek

seminar geotek

seminar geotek

seminar geotek