Date: Selasa, Februari 27, 2024

Satu sesi dialog bersama Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan JKR Malaysia telah diadakan pada 27 Februari 2024, bertempat di Kementerian Kerja Raya. Hadir sama adalah YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya;
YBhg. Dato' Ir. Hj. Badioezaman bin Ab Khalik, TKPKR (Sektor Bangunan) yang menjalankan tugas KPKR; YBhg. Datuk Sr Amran bin Hj. Mohd Majid, TKPKR (Sektor Pakar); YBhg. Dato' Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah Kanan Cawangan Jalan yang menjalankan tugas TKPKR (Sektor Infra); YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail, Pengarah Kanan CPAB; YBhg. Dato' Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin​, Pengarah CDPK dan YBrs. Ir. Mohd Nasir bin Bontat, Pengarah CSFJ.

Dalam sesi tersebut, YB Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah menyampaikan amanat akan pentingnya peranan Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan sebagai tenaga kerja dalam menjayakan agenda dan halatuju kementerian yang lebih berdaya saing agar memenuhi penanda aras jabatan sekaligus menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Sesi dialog dua hala yang julung kali diadakan ini adalah selaras dengan aspirasi Program MYJalan yang antaranya adalah untuk meningkatkan ketangkasan penyelesaian aduan dan kerja-kerja penyenggaraan jalan melalui pemerkasaan fungsi Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan. Pelaksanaan sesi dialog ini diyakini dapat membuka lebih ruang kepada Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan dan pihak Kementerian duduk bersama bagi melihat dan melaksanakan usaha yang dapat memberikan impak dan manfaat kepada rakyat Malaysia Madani.

Mengambil kira kejayaan cemerlang usaha ini sejak Program MYJalan diluncurkan oleh YAB Perdana Menteri pada Ogos 2023, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta menerusi belanjawan tahun 2024 yang memperlihatkan penambahan peruntukan daripada RM 100 ribu (tahun 2023) kepada RM 200 ribu untuk 115 Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan seluruh Malaysia. Dengan adanya peruntukan ini, adalah menjadi harapan Kementerian Kerja Raya agar semua Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan yang terlibat akan melaksanakan tugas mereka dengan lebih cekap, berintegriti dan amanah.

Seramai 86 pegawai yang terdiri daripada Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Malaysia melibatkan 11 Negeri telah hadir menyertai sesi dialog bersama YB Menteri Kerja Raya. Mereka juga telah mengambil ikrar Aku Janji Bebas Rasuah dan seterusnya mendengar taklimat pelaksanaan Program MYJalan.

Diharapkan dengan pengukuhan Jurutera Daerah dan Jurutera Jajahan sebagai jentera pelaksana di daerah dan jajahan akan dapat mewujudkan lebih ramai tenaga pakar yang dapat membantu kepada pembangunan infrastruktur dan merealisasikan hasrat Kerajaan dengan menyediakan fasiliti yang terbaik untuk rakyat.

townhall

townhall

townhall

townhall

townhall

townhall

townhall

townhall

townhall

townhall

townhall

townhall

 

townhall

townhall

townhall

townhall

townhall

townhall

townhall