Lokasi: Peristiwa/Aktiviti → Mesyuarat Pegawai Penyelaras dan Juruaudit JKR EMS ISO 14001:2004 (MPPJ) Bil 2/2013 |
Mesyuarat tersebut telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 18, Menara PJD, JKR Malaysia pada 6 hingga 7 November 2013. Mesyuarat telah dihadiri seramai 62 orang yang terdiri daripada semua pegawai penyelaras alam sekitar dari setiap JKR cawangan di ibu pejabat JKR Malaysia, JKR negeri dan juruaudit-juruaudit ISO 14001:2004 dari seluruh negara. Di samping bermesyuarat, beberapa program yang telah diadakan termasuklah lawatan ke Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan (NAHRIM) bertujuan pendedahan berkaitan pengurusan alam sekitar berkaitan pengurusan hidraulik semasa pelaksanaan projek, taklimat berkaitan “Radioactive Waste Management” dari Agency Nuklear Malaysia dan “Malaysia Air Quality and Health” dari Jabatan Alam Sekitar Malaysia.
Tarikh Kemaskini: 02-12-2013 03:54 pm Hits = 927057