Perkhidmatan Perunding

Sebagai perunding kerajaan, kami terlibat di dalam: Perancangan dan Rekabentuk Projek, dan Memberikan Input Profesional. Pelbagai bentuk projek yang dijalankan oleh JKR. Projek yang biasa dijalankan adalah projek jalan, bangunan kerajaan (seperti sekolah, pejabat, kuarter, masjid, hospital dan lain-lain), jeti, pelabuhan dan lapangan terbang. Pelanggan kami ialah Kementerian Kerja Raya dan agensi-agensi kerajaan yang lain.

Perancangan dan Rekabentuk

Dalam perancangan dan rekabentuk projek, kami bermula dengan mengumpulkan maklumat yang dapat membantu kami dalam menganalisis kebolehlaksanaan projek. Selepas itu, kami meneruskan proses rekabentuk untuk menghasilkan pelan. Kami menggunakan perisian rekabentuk dan CADD (state-of-the-art computer-aided design and drafting) untuk membantu kami dalam rekabentuk senibina, struktur, jalan dan melukis pelan.

Input Professional

Secara umumnya, input profesional merupakan nasihat teknikal dan penyelidikan. Sebagai contoh, kami memberi cadangan kepada kerajaan/pelanggan-pelanggan kami mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kegagalan struktur bangunan dan tanah runtuh.