Perkhidmatan Pengurusan Penyelenggaraan
Ini merupakan perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya. Di bawah perkhidmatan ini kami akan menyelenggara kemudahan-kemudahan awam seperti bekalan air di sesetengah negeri, worksyop, perkhidmatan feri dan pembangunan kemudahan-kemudahan jalan raya. Kami juga menyelenggara kemudahan-kemudahan kerajaan seperti jalan, bangunan, sistem mekanikal, sistem elektrikal, kenderaan-kenderaan dan loji-loji. Perkhidmatan yang paling banyak dilakukan ialah penyelenggaraan jalan.
PENYELENGGARAAN JALAN | MENGURUS KONTRAK PENSWASTAAN PENYELENGGARAAN JALAN PERSEKUTUAN |
Penyenggaraan jalan di seluruh negara dikendalikan oleh Cawangan Jalan. Perlaksanaan program penyelenggaraan melibatkan aktiviti-aktiviti yang berikut:
Kami memelihara rangkaian jalan persekutuan yang jumlah panjangnya 15,746.10 km - berdasarkan statistik tahun 2003. | Tanggungjawab untuk mengurus dan mengawasi penswastaan kontrak penyelenggaraan jalan persekutuan Semenanjung Malaysia di peingkat zon-zon telah diserahkan kepada tiga unit:
|
MENGURUS CERUN JALAN PERSEKUTUAN | MENGURUS ASET MEKANIKAL |
Perancangan untuk memelihara dan memulihara cerun di sepanjang Jalan Persekutuan dilakukan dengan menggunakan perisian komputer yang dikenali sebagai Slope Priority Ranking System (SPRS). Pemeriksaan berkala ke atas cerun yang berisiko tinggi dilakukan oleh Pegawai Daerah dan data-data yang diperolehi melalui pemeriksaan tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem. Ini membolehkan perancangan untuk langkah-langkah berjaga bagi meningkatkan kestabilan cerun terhadap keselamatan pengguna jalan raya yang lebih berkesan. | Kami berperanan sebagai penasihat kepada penyelenggaraan peralatan mekanikal di sepanjang rangkaian jalan persekutuan, seperti stesyen penimbang berat kenderaan. Melalui pemeriksaan tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem. Ini membolehkan perancangan untuk langkah-langkah berjaga bagi meningkatkan kestabilan cerun terhadap keselamatan pengguna jalan raya |
- 34624 bacaan